First day masuk, aku tegur housemate name ape kerja apa asal mana. Berkenalan. Itu pun nak tak nak je jawab. Aku fikir mungkin die tengah serabut tu. Tak ape lah. First day je pun. then, dari hari ke hari, aku dah rase agak lain macam. Ak ni kerja gaji x lah besar. 1 k ++. so aku kena la berjimat cermat.
Aku memasak. Aku guna lah dapur tu. Aku x pernah tinggalkan dapur tu tak lap. Sampai ke lantai aku lap. Then , bile aku dah siap makan, basuh semua pinggan kuali, aku masuk bilik. Tetiba dengar, “heiiiii… siapa guna dapur ni. Pengotor betul.” Sentap gile. Aku baru lap kot dapur tu. Aku cakap dalam hati, mungkin aku lap x cukup bersih. Aku biarkan aje. Next time aku guna lagi dapur tu, ak improve cara lap ak. Ak siap sabun 2 kali. 2 kali guysz.
Then aku lap betul2. Lepas tu , aku makan . aku makan pun lepas aku pastikan dapur tu tahap gaban punye bersih la. Dapur mak aku pun aku tak sabun 2 kali. Makanan aku masak tu sampai sejuk. Then , aku basuh pinggan, masuk bilik, rehat. Lagi sekali , housemate aku ni memekik dari dapur, “siapa guna dapur tak reti nak kemas balik ni”. darah aku dah menyirap. Tahap bersih macam mana lagi kau nak!!!. Tapi aku diam sabar. Sebab aku taw , diri aku ni kalau dah marah, tangan naik. Tak nak la hempuk anak orang.tak pasal2 masuk lokap.
Bukan setakat dapur je guys. Tiap2 kali aku masuk bilik air, dah menjadi satu kebiasaan bagi aku, untuk siram lantai bilik air. Takut ade sabun and nak rasa bersih so the next yg masuk tu selesa nak buang air. Even tandas awam pun aku buat bende yg sama. Ini aku punye pendirian. Then , die masuk lepas aku masuk, ak dapat dengar die kocak-kocak kan air dalam baldi kuat-kuat , then siram balik lantai . lepastu berus lantai. Tiap-tiap kali lepas aku masuk die buat macam tu!!!!.
Ini kat meja makan pulak. Aku dah habis makan, angkat pinggan nak basuh kat sinki. Housemate aku tu pergi lap meja tu (sekali je lap) and then masukkan balik kerusi dalam meja dan susun lurus2 kerusi tu. Aku ni nak minum, nak duduk lagi kat meja makan tu. You guys rasa aku nak duduk balik tak lepas die lap and susun kerusi tu. Memang tak la. Itu memang menghalau aku namanya.
Lagi 1 pasal kain yang aku sidai. Ak ni bekerja. Pagi keluar balik petang pukul 6.30 ptg. So aku sidai baju, then biar je lah kat ampaian. Balik pukul 6.30 tu aku tengok semua baju aku termasuk yg dalam2 tu dah diangkat tersadai berlonggok atas kerusi. Bayangkan kain tu tak kering semuanya. Mula-mula tu aku bersangka baik, eh baiknya tolong angkatkan.
Dah 2 3 kali ‘TOLONG’ angkatkan dengan tak kering nya, dengan pakaian dalam pun tolong angkatkan jugak… sekali tu, pernah tolong lipatkan sekali PAKAIAN DALAM tu!!. Bukannye housemate aku tu nak guna ampaian tu. Die Cuma nak ampaian tu bersih tak ada kain kat situ. Tapi die sidai sampai malam tak berangkat tu takpe pulak. Sejak dari tu, aku dah x pernah sidai kat ampaian.
Dengan semua perangai die yang memang akan cuci setiap kali aku buat apa2 dalam rumah tu, aku tetap sabar. And aku tetap teruskan hidup macam biasa. Aku bukan jenis nak masam muka selamanya. Aku senyum tiap2 kali aku masuk rumah. Aku cakap terima kasih sebab basuh kan periuk nasi (aku baru 1 saat biar kan periuk tu kat sinki. Rendam sekejap sementara aku lap meja). Aku siap puji dia lagi rajinnya menyapu. Walaupun die x pernah balas 1 patah pun. muka masam je.
Sampai la baru-baru ni aku Give Up. Aku dah tak tahan dengar makian dan sindiran die. Terpekik2 dari dapur. Aku masak daging. Of course akan guna banyak bekas dan aku basuh setiap bekas aku. Boleh pulak die kate “ siapa yang basuh bekas sampai basah ni” . aku basuh dengan air. Bukan samak dengan pasir.
Perang besar. Dia siap keluarkan barang aku dari peti ais dan tulis nota, “barang pengotor tak layak ade dalam peti ais”. Aku campak semua barang yg bukan aku punya ke luar. Maki jangan cakaplah. Semua keluar. Then , aku terus bagitaw owner yg aku nak pindah rumah. Aku bagitaw semuanya kat owner. Die pun tak boleh nak buat apa.
Aku just nak cakap je dekat bekas housemate aku ni, kalau die baca confession ni. memang aku dah solat hajat biar Allah tunjukkan balasan. Aku doakan kau berdua jadi pencuci dapur dan jamban yang berjaya. amin..
Diorang ni bukan berpendidikan rendah ye. MASTER okay. Siap mendabik dada mengaku bijak bestari sebab berpendidikan master. Apa aku nk conclude disini, pendidikan bukan pengukur, kalau perangai mcm puaka.
Sumber : Izzah
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2neUCxK
via IFTTT
No comments:
Post a Comment