Asalnya hanya menumpang sementara kerana kasihankan si ibu dan anak yang baru saja kehilangan tempat tinggal selepas dihalau bekas suami.
Si adik dan suaminya menerima kehadiran si ibu dan dua anaknya. Diberi layanan yang baik seperti keluarga sendiri. Lama kelamaan, lain pula yang berlaku apabila si janda mula menaruh hati pada suami adiknya itu.
"ADMIN, mohon hide profil saya. Saya janda anak dua, diceraikan oleh suami yang kaki betina.
"Selepas diceraikan, saya dan anak saya dihalau keluar dari rumah dan sekarang saya menumpang teduh di rumah adik saya sambil menunggu panggilan kerja.
"Kalau saya kerja, saya akan minta tolong mak saya untuk menjaga anak-anak saya di kampung.
"Yang menjadi masalahnya, sudah dua bulan saya masih belum lagi mendapat pekerjaan. Alhamdulillah adik dan suaminya melayani kami dengan baik. Adik saya gembira bila saya duduk di rumahnya sebab ada yang dapat tolong jagakan anaknya. Jadi, adik saya sudah tidak mengupah pengasuh.
"Suaminya juga okay, baik dengan saya. Akibat layanannya yang terlalu baik itu, saya selalu terbayang-bayangkan adik ipar saya itu.
"Kalaulah suami saya seperti adik ipar saya, alangkah bahagianya hidup saya. Saya lebih suka jika adik saya kerja dan keluar bersama kawan-kawannya. Saya sanggup menjaga anak adik saya di rumah. Saya sering mencuri perhatian adik ipar saya. Saya belai-belai manja anak dia, saya buat anak dia lebih suka dengan saya berbanding ibunya sendiri yang terlalu sibuk di luar.
"Salah ke saya simpan perasaan begini? Adakah saya perlu luahkan kepada adik ipar saya? Saya perlukan kepastian. Adakah dia juga punya perasaan yang sama?" tulis janda berkenaan.
Bagaimanapun, netizen percaya luahan dari seorang lelaki sebelum ini mempunyai kaitan dengan kes di atas. Menurut netizen, jika luahan lelaki itu benar ada kaitannya dengan janda terbabit, tidak hairanlah mengapa bekas suaminya meninggalkan dia.
"Salam, hi min. Sebelum aku dan isteri saja duduk di rumah. Kakak ipar aku janda anak dua nak menumpang di sini. Ingatkan nak menumpang sehari dua, dah dua bulan tak keluar lagi.
"Nak tanya bini aku, kang kecik hati. Aku tengok kakak ipar aku ini dah macam syok kat aku. Tepuk-tepuk belakang aku.
"Dah tu pengotor ya ampun. Darah period dibiarkan saja di tandas, tak pandai flush. Bini aku pun tak macam ni. Geli aku min.
"Dia ada di page ni min. Harap dia bacalah post aku ni. Sampai satu tahap aku malas dah nak balik rumah," tulisnya.
Sumber: Kisah Rumah Tangga
from The Reporter http://ift.tt/2DgU3In
via IFTTT
No comments:
Post a Comment