Kejadian yang dirakam oleh salah seorang rakan mangsa dikatakan berlaku pada Sabtu lalu di sebuah perhentian bas di Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pengawal keselamatan itu sebelum itu datang ke perhentian bas berkenaan dan menegur beberapa wanita yang tidak bertudung, rambut berwarna dan berpakaian seksi.
Pada awalnya mereka tidak mengendahkan perbuatan lelaki itu dan menunggu pengangkutan awam seperti biasa. Namun lelaki itu pula bertindak semakin agresif dan sesekali mengangkat tangan kononnya mahu menampar mangsa yang didakwanya biadab dan menjawab segala tegurannya.
Gagal mengawal diri, lelaki itu menampar pipi mangsa menyebabkan rakan-rakan mangsa mula tampil menghalang lelaki itu dari terus bertindak keterlaluan.
Mangsa juga menjauhkan diri dari lelaki itu dan menghubungi kenalannya untuk meminta bantuan. Sementara rakan-rakannya yang lain pula cuba menghubung polis untuk datang membantu mereka dari terus diancam lelaki terbabit.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan lelaki terbabit yang melampau dan keterlaluan dalam menegur sehingga tergamak mencederakan mangsa.
"Tegur itu tak salah tetapi biarlah beradab. Ini kau nak sekolahlah orang tentang agam tetapi diri sendiri tak ada adab. Sebelum nak tegur, tengok dulu diri sendiri," - Aren Che Kwong.
"Dia siapa nak pukul orang? Dia siapa nak hukum orang? Dia tuhan ke? Orang pakai apa pun, biarkan dia. Dosa dia yang tanggung. Lainlah kalau dia berzina di bus stop, bolehlah kau nak marah dan pukul dia. Jaga dosa sendiri, jangan sibuk nak jaga dosa orang," - Anisah Mat Lazim.
from The Reporter http://ift.tt/2EpMAWJ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment