loading...
  • Breaking News

    Monday, October 1, 2018

    (Video) 'Tragedi 29 Sept, nape tak tunggu Oktober ha?!'


    Viral video seorang wanita bermain buaian di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir, Terengganu, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial. 

    Ada yang ketawa, ada yang ketawa sampai menangis bagai selepas menonton video yang dimuat naik oleh Dermalina Othman di Facebooknya semalam. 

    Berdasarkan dua video tersebut, Dermalina terdahulu mencuba buaian di sebelah kiri, namun oleh tidak dapat menghayunkan buaian tersebut, beliau berpindah ke buaian sebelah kanan. 


    Sebaik saja berjaya menghayunkan buaian tersebut, secara tiba-tiba tiang buaian itu rebah dan menimpa kepalanya. 


    "Tragedi 29 September, nape tak tunggu Oktober haaa? Tragedi kan biasa Oktober. Huhu. 

    "Kejadian di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir, Ganu kite. Hati-hati jika main buaian atau bawa anak-anak main buaian. Malang tak berbau," tulisnya. 

    Video yang dimuat naik jam 11.14 pagi semalam kini telah dikongsi lebih dari 7,300 kali. Rata-rata netizen tergelak menonton kejadian itu. Namun mendoakan Dermalina tidak mengalami sebarang kecederaan serius. 


    from The Reporter https://ift.tt/2NVFW3K
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment