loading...
  • Breaking News

    Tuesday, January 15, 2019

    'Ewah! Ewah! Seronok hisap vape dalam bas ye?'


    Tindakan tidak bertanggungjawab seorang penumpang bas menghisap vape dalam bas menimbulkan rasa kurang senang dan selesa penumpang lain. 

    Dalam kejadian pagi tadi dalam bas yang perjalanannya dari Kluang ke Johor Bahru, para penumpang lain terpaksa menghidu asap rokok elektronik wanita itu. 

    Menurut pengadu, meskipun asap itu hasil dari rokok elektronik yang kononnya kurang bahaya dari rokok tembakau, namun baunya amat kurang menyenangkan. Lebih-lebih lagi pengadu merupakan wanita mengandung dan menjadikan dirinya sebagai secondhand smoker tanpa dipinta. 


    Pengadu menuntut pihak syarikat pengusaha bas berkenaan tampil memberi penjelasan terhadap insiden tersebut. 

    Sementara itu, netizen mengecam tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan yang mementingkan dirinya sendiri tanpa mempedulikan keselesaan penumpang lain. 

    "Dia tak ada otak ke? Ini betul-betul kurang ajar. Perkhidmatan bas pun patut letak pelekat larangan merokok termasuklah menghisap vape," kata netizen. 

    Walaupun begitu, ada pula yang mempersoalkan mengapa pengadu tidak menegur perbuatan individu itu sendiri berbanding menyalahkan pihak pengusaha bas tersebut. Jelas pengadu, dia bimbang tiada sesiapa yang akan mempertahankannya. Tambahan, dengan keadaan dirinya yang sedang hamil, adalah lebih baik dia mengambil langkah berjaga-jaga. 

    Orang ramai sepatutnya faham bahawa pengangkutan awam adalah hak bersama dan menjadi tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan apabila menggunakannya. 


    from The Reporter http://bit.ly/2svbDU9
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment