Hancur luluh hati si suami apabila mengetahui isterinya telah terlanjur dengan lelaki yang dikenali dari games. Pada awalnya bertukar-tukar gambar sehingga mereka menjadi semakin rapat dan rapat dan akhirnya terjerumus ke lembah dosa.
Tidak hairanlah mengapa isterinya enggan bersama. Rupa-rupanya luka bersalin masih belum sembuh. Si suami kini buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan melainkan berpisah buat sementara waktu.
SAYA dan isteri baru saja berpisah tetapi belum bercerai. Isteri saya mengandung hasil hubungan dengan lelaki lain.
Saya kerja jauh, sekali sekala pulang ke rumah. Selama setahun setengah kami hanya berhubung melalui telefon.
Apabila saya pulang ke rumah, saya mendapati ada seorang bayi berusia dua bulan di rumah dan isteri saya kata dia mengambil upah menjaga bayi orang. Dia juga yang bawa ke klinik.
Apabila saya ingin bersama isteri, dia kata dia sedang period. Selama satu bulan saya bercuti, bayi itu setiap hari ada di rumah. Saya pun rasa pelik juga sebab tubuh badan isteri saya seperti ibu yang baru melahirkan anak. Tetapi memandangkan bayi itu minum susu botol, saya cuba membuang jauh prasangka yang tidak baik itu.
Satu malam itu, saya tidak boleh lagi mengawal semua yang bermain di dalam fikiran saya. Saya tetap mahu tahu. Saya paksa juga isteri untuk bersama saya dan akhirnya dia mengaku bahawa luka bersalinnya masih belum pulih.
Saya terkejut dan sangat marah. Dia mengaku bahawa dia sudah terlanjur dengan teman lelaki yang dikenali dari game. Sejak perkenalan itu, mereka selalu bertukar-tukar gambar. Kemudian mereka menjadi semakin rapat.
Hati ini sangat terluka kerana selama saya bekerja jauh di negara orang, mengorbankan masa sendiri, mengorbankan penat lelah bekerja berpanas di tempat orang, setiap kali saya dapat duit gaji, dialah orang pertama yang saya kirimkan duit, tetapi ini balasan yang saya dapat?
Saya buntu.
Sumber: Jason, Kisah Rumah Tangga Borneo
from The Reporter http://bit.ly/2TPM2kM
via IFTTT
No comments:
Post a Comment