loading...
  • Breaking News

    Tuesday, January 15, 2019

    (Video) Enggan beri password handphone, isteri siram minyak tanah dan bakar suami sehingga mati


    Gara-gara tidak memberitahu 'password' telefon bimbit, isteri tergamak menyiram suaminya dengan minyak tanah sebelum membakar mangsa. 

    Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang Jumaat lalu di Lombok Timur, Indonesia, mangsa berusia 26 tahun, dikejarkan ke hospital setelah mengalami luka terbakar yang sangat serius di badannya.

    Ketua Polis Jerowaru, Abdurasyid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai wanita berusia 25 tahun membakar suaminya kerana tidak diberikan password telefon bimbit. 

    Menurutnya, mangsa dirawat di hospital berikutan kecederaan yang dialami, manakala suspek terus ditahan dan dibawa ke balai.

    Sebelum kejadian itu, mangsa terdahulu membaiki bumbung kediaman mereka. Tidak lama kemudian, suspek datang meminta password telefon bimbit suaminya tetapi tidak diberikan. Sebaliknya lelaki itu memarahi dan memukul isterinya. 

    Berang dengan tindakan suaminya, si isteri terus mengambil minyak tanah dan disiram pada suaminya sebelum dibakar. 

    Kejadian itu disaksi oleh orang beberapa penduduk di sekitar yang kemudian membantu menghantar mangsa ke hospital. 

    Malangnya selepas beberapa hari menjalani rawatan, mangsa disahkan meninggal dunia dan isterinya kini didakwa sebagai pembunuh. 

    Walaupun begitu, pihak berkuasa membenarkan suspek melihat jenazah suaminya buat kali terakhir, selain mengikuti proses pengebumian jenazah mangsa dalam keadaan dikawal oleh pihak polis. 





    from The Reporter http://bit.ly/2sqcGoD
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment