loading...
  • Breaking News

    Thursday, February 14, 2019

    'Kami dah nak kahwin' - Pasangan kantoi memadu asmara di hotel sempena Hari Kekasih


    Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan bersama pasangannya berusia 50 tahun di sebuah bilik hotel dalam Operasi Hari Kekasih yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), hari ini. 

    Dalam serbuan anggota penguat kuasa JAIM pada jam 1.15 pagi di sebuah hotel di Taman Melaka Raya, lelaki terbabit yang dipercayai anggota beruniform tinggal di kuarters di Sepang, Selangor dicekup bersama pasangannya dan dengan segera mengatakan bahawa mereka mahu berkahwin. 

    Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, lelaki terbabit memberi kerjasama baik dengan membuka pintu. Namun sebaik saja melihat penguat kuasa JAIM, dia terus memberikan alasan bahawa mereka bakal berkahwin tidak lama lagi. 

    "Siasatan awal mendapati lelaki itu berasal dari Johor, manakala wanita pula dari Kelantan.

    "Namun lelaki yang juga mualaf sejak 2011 itu dipercayai bekerja di Sepang, manakala teman wanitanya bekerja di Johor Bahru," katanya. 

    Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk disoal siasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berkurung mendatangkan syak. 

    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter http://bit.ly/2SU2pja
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment