loading...
  • Breaking News

    Tuesday, February 12, 2019

    Isteri tuntut cerai, suami bagi penyepak


    Gara-gara menuntut cerai, seorang wanita berusia 35 tahun bukan sahaja disepak, malah dibelasah oleh suaminya menggunakan batang penyapu. 

    Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 malam Khamis lalu di Gong Badak, Kuala Nerus, suspek berusia 38 tahun berang selepas menerima mesej WhatsApp dari isterinya pada jam 1 tengah hari yang mendakwa dia tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami termasuk tidak memberi nafkah. 

    Suspek kemudian meminta mangsa menjelaskan maksud mesej tersebut. Mangsa kemudian memberi penjelasan sebelum meminta diceraikan menyebabkan suaminya naik hantu lalu bertindak menendang mangsa sehingga terjatuh dan kepalanya terhantuk pada dinding rumah. 

    Tidak cukup dengan itu, mangsa dipukul dengan penyapu sehingga lunyai sebelum suspek melarikan diri. 

    Bimbang dengan keselamatan diri yang kerap dibelasah suaminya, mangsa nekad membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus. 

    Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din mengesahkan pihaknya menerima laporan dari mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya. 

    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter http://bit.ly/2DAjO78
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment