loading...
  • Breaking News

    Tuesday, April 2, 2019

    'Apa sampah video ni?!' - Netizen kecam video konon nak bagi keinsafan tapi lebih galakkan gejala LGBT


    Tidak salah membuat video yang memberi pengajaran berguna kepada penonton, tetapi biarlah berpada-pada kerana bimbang tersasar jauh dari matlamat asal. 

    Baru-baru ini viral di media sosial video berjudul Dosakah Aku yang menunjukkan seorang wanita terjebak dalam aktiviti songsang selepas kecewa dengan lelaki yang mengkhianati kepercayaan. 

    Berdasarkan video tersebut, pelakon wanita itu meluahkan rasa amarahnya terhadap pasangannya yang mengkhianati maruah dirinya. 

    Di kesempatan itu, tiga rakan serumahnya cuba menenangkan dia agar tidak lagi memikirkan masalah itu. Namun siapa sangka, ketiga-tiga rakan serumahnya itu sebenarnya berminat dengan kaum sejenis. 

    Dalam video itu menunjukkan sekumpulan wanita itu beraksi ghairah yang jelas sekali tiada keperluan untuk melakonkan aksi sebegitu kerana ada pelbagai lagi cara mahu menyampaikan kesan buruknya hubungan sejenis ini kepada penonton. 



    Ramai netizen yang meluahkan rasa kesal dan malu, lebih-lebih lagi watak dalam video itu menampilkan beberapa wanita bertudung yang dikhuatiri akan menjejaskan imej wanita beragama Islam. 



    Selain itu, netizen memahami apa yang cuba disampaikan oleh penerbit video tersebut tetapi biarlah mengikut cara yang bersesuaian dan tidak perlu melakonkan adegan-adegan yang tidak sepatutnya.

    Sumber: Tik Tok Viral


    from The Reporter https://ift.tt/2Vf8ch8
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment