Semalam, netizen mengecam video "Dosakah Aku" yang didakwa tidak memberi nilai moral dan pengajaran, sebaliknya lebih kepada menjatuhkan maruah wanita bertudung.
Am bagaimanapun menjelaskan, dia tidak berniat seperti itu, sebaliknya dia hanya mahu menunjukkan isu semasa dan kisah realiti dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini.
"Saya sudah ulang banyak kali, sebelum ini cerita saya adalah genre drama. Saya cuba bawakan isu semasa kisah realiti kehidupan.
"Minta maaf kepada semua yang tidak berpuas hati. Saya tidak dapat puaskan hati semua orang. Tidak semua faham. Kerana satu dua video yang buruk, yang lama terus dibuang.
"Am minta maaf kepada semua netizen, ibu bapa dan semua yang menonton cerita (itu). There will be no more cerita begitu lagi," katanya melalui Instagram.
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter https://ift.tt/2HUeXCc
via IFTTT
No comments:
Post a Comment