loading...
  • Breaking News

    Monday, October 19, 2020

    '1 malam, dapat RM40,000' - SPRM dedah artis & instafamous terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui laporan Utusan Malaysia semalam mendedahkan ada artis dan instafamous tempatan terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan, menjadikan mereka kaya sekelip mata. 


    Dalam laporan itu menyatakan, mereka dibayar antara RM20,000 hingga RM40,000 untuk perkhidmatan satu malam bagi golongan VIP. 


    Sindiket ini dipercayai telah lama berlaku dalam industri hiburan semata-mata golongan artis dan instafamous yang tidak bermaruah ini mahu meraih pendapatan segera. 


    Difahamkan, sindiket pelacuran kelas atasan ini diketahui SPRM selepas salah seorang suspek yang ditahan terbabit dalam sindiket Macau Scam, turut menjadi orang tengah di antara artis dan instafamous dengan golongan VIP. 


    Suspek menawarkan harga tertentu kepada artis dan instafamous untuk kegiatan pelacuran itu dan ada di antara mereka mampu meraih bayaran tinggi untuk satu malam. 


    Hasil bayaran dari menjadi orang tengah itu juga menjadi sumber pendapatan suspek yang menikmati kehidupan mewahnya selama ini menggunakan duit haram.


    Bagaimanapun, senarai nama artis dan instafamous yang terbabit tidak dapat didedahkan kepada umum. SPRM sekali lagi berkata, siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya. 


    SPRM kini sedang memantau laman sosial artis dan instafamous terbabit yang menunjukkan gaya hidup mewah berlebihan meskipun pendapatan mereka sebenar dari hasil hiburan dan perniagaan tidaklah seberapa. 


    Sumber: MACC FORCE, Utusan Malaysia



    from The Reporter https://ift.tt/35epEZB
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment