loading...
  • Breaking News

    Monday, October 19, 2020

    Jenazah suspek dikuburkan di tanah perkuburan yang sama dengan mangsa bunuhnya, Rangga

    Jenazah lelaki yang merogol wanita dan membunuh anak mangsa berusia 9 tahun di Aceh baru-baru ini telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan mangsa yang dibunuhnya.


    Sebelum itu, jenazah Samsul dibawa ke Hospital Langsa, kemudian petugas hospital menghantar jenazah itu kembali ke pangkuan keluarganya pagi semalam. 


    Jenazah langsung disolatkan oleh penduduk dan dibawa ke tanah perkuburan  Desa Alue Gadeng Gampong, Aceh Timur. 


    Proses pengebumikan itu turut dikawal oleh pihak polis dan semuanya selesai kira-kira jam 10.15 pagi Ahad. 


    Suspek terdahulu mengadu kesukaran bernafas dan ketika hendak dibawa ke hospital, polis mendapati Samsul sudah meninggal dunia di dalam sel tahanan. 


    Punca kematiannya sehingga kini masih belum diketahui. 


    Sementara itu, mangsa dan suaminya masih enggan pulang ke rumah setelah mangsa dibenarkan keluar dari hospital. 


    Ini kerana mangsa masih mengalami traume teruk akibat peristiwa yang baru saja menimpa dirinya anak Rangga. 



    Sumber: Serambi News



    from The Reporter https://ift.tt/3o43NMX
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment