loading...
  • Breaking News

    Sunday, October 18, 2020

    Suspek rogol ibu & bunuh anak mangsa, meninggal dunia dalam sel tahanan

    Suspek yang terbabit dalam kes rogol seorang surirumah sehingga mengorbankan nyawa kanak-kanak berusia 9 tahun yang cuba melindungi ibunya, dilaporkan telah meninggal dunia di dalam sel tahanan polis. 


    Suspek, Samsul Bahri, meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi Ahad (18/10/2020) dan disahkan oleh Ketua Polis Langsa Langsa (Indonesia), Pesuruhjaya Kanan Giyarto.


    Namun punca sebenar kematian suspek masih belum diketahui. 


    Menurut Giyarto, suspek sempat dikejarkan ke hospital kerana tidak mahu makan dan minum. Doktor kemudian merawat suspek sehingga sembuh dan dibawa kembali ke sel tahanan. 


    Tetapi ketika polis mahu membawanya ke hospital buat kali kedua kerana suspek sakit disebabkan enggan makan dan minum, suspek telahpun meninggal dunia. 


    Sumber: Suara Sumut


    LAGI LAPORAN KES BERKAITAN DENGAN PEMBUNUHAN RANGGA



    from The Reporter https://ift.tt/3j8yXzb
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment