Menghisap jari adalah tabiat semulajadi bayi yang mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Proses ini adalah normal kerana inilah caranya bayi belajar menyusu. Menurut Sigmund Freud, menghisap jari adalah salah satu cara kanak-kanak meneroka badannya sendiri dan juga membantu membina personaliti.
Namun begitu, tidak kiralah apa yang dihisap, kesannya tetap sama sekiranya tabiat ini diteruskan setelah kanak-kanak itu melangkaui umur 5-6 tahun. Antara kesan buruknya seperti gigi terkeluar (jongang), kuman dan penyakit, tidak tidak ekspolari persekitaran, rosak jari dan lain-lain.
Kesan jika dibiarkan berterus dan cara mengatasi masalah ini? Baca dan manfaatkan perkongsian dari Nurhana Wan Chek di bawah ini. Semoga dapat membantu ibu bapa yang anak-anaknya masih menghisap jari di usia yang tidak sepatutnya.
APABILA anak menghisap jari, yang paling terkesan adalah pertumbuhan gigi serta tulang muka anak terutama bila anak-anak berusia tiga tahun ke atas. Budak-budak dua tahun ke bawah dianggap normal jika menghisap jari, yang dipanggil thumb sucking.
APAKAH KESAN THUMB SUCKING?
1. Rahang atas mengecut dan menyebabkan pertumbuhan gigi dan rahang yang tidak normal seperti yang ditunjukkan pada gambar.
2. Mouth breather. (bernafas melalui mulut. Mulut mudah kering menjadikan gigi mudah rosak)
3. Open bite - gigitan terbuka. Gigi hadapan tidak rapat. Bila gigi hadapan tidak rapat sukar untuk mengigit makanan.
MENGAPA ANAK THUMB SUCKING / MENGHISAP JARI?
Menurut catatan dari Puan Saleha Idris, anak menghisap jari dari kecil kerana kurang mendapat keperluan asas yang cukup ataupun ketika mereka sedang explore dunia semasa kecil hinggalah terbiasa melakukannya. Maka ia dipanggil habit atau kebiasaan.
Biasanya bayi menghisap jari kerana refleksi emosi seperti bosan, marah atau letih. Cara untuk menghilangkan tabiat menghisap jari anak atau thumbs sukcing:
1. Tawarkan hadiah untuk proses pertukaran dengan tabiat hisap jari. Jika berjaya, maka dipanggil peneguhan positif kerana tingkahlaku yang dikehendaki berhasil.
2. Hukuman. Apabila hisap jari letakkan perisa yang tidak disukai atau rasa pahit.
3. Memberi pujian dengan menyebut usaha dan doakan. Contoh:
"Bagus Ani tak hisap jari. Nanti kawan sayang Ani. Jari Ani pun bersih dan tak ada kuman. Jari jemari Ani wangi. Allah suka orang bersih. Kalau Allah suka, boleh masuk syurga."
4. Boleh sediakan carta pelan tindakan tidak hisap jari. Kira satu hari berapa kali. Dalam tempoh 20 hari, fokus untuk kurangkan tingkah laku dalam kekerapan.
5. Semasa anak tidur dan bedtime, lakukan teknik tutup mata dan bayangkan kalau hisap jari, nanti jari putus. Jari pun hilang. Sayangkan jari kita ada lima, tinggal empat.
Kemudian perlahan-lahan dalam gelombang alpha beritahu dia, esok mesti bangun tidur dengan gembira, jari ada lima sebab kita tak makan jari.
Sumber: Nurhana Wan Chek
from The Reporter https://ift.tt/2KvBYwT
via IFTTT
No comments:
Post a Comment