loading...
  • Breaking News

    Wednesday, July 4, 2018

    'Sanggup dia sumbat Adam dalam beg tu Ya Allah'


    Susulan kes penemuan mayat bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, di dalam peti ais rumah pengasuh, tersebar pula beberapa gambar yang berkaitan dengan kes tersebut. 

    Berdasarkan kenyataan ibu mangsa, Farah Madiha Othman, 28, dalam perbualan WhatsApp, beg hijau yang didakwa disimpan mayat anaknya itu adalah beg yang selalu digunakannya untuk diletakkan pakaian Adam. 

    "Beg hijau itu, beg baju Adam yang saya hantar selalu. Sanggup dia sumbat Adam dalam tu. Ya Allah," katanya. 


    Dalam laporan awal, pengasuh mendakwa Adam telah diambil oleh seorang lelaki yang disangkanya adalah bapa kepada Adam, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28.

    Berikutan kehilangan bayi berkenaan, ibu bapanya memuat naik gambar Adam di media sosial yang meminta orang ramai membantu mengesan anak mereka itu. 

    Bagaimanapun, polis yang meragui kenyataan pengasuh itu kemudian membuat pemeriksaan di rumahnya dan menemui mayat mangsa disumbat dalam beg plastik yang disorok dalam bahagian sejuk beku peti ais. 

    Ekoran itu, pengasuh dan seorang lagi rakan serumahnya ditahan untuk siasatan lanjut. 

    Dalam laporan Kosmo, ibu bapa mangsa kini beada di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses pengecaman mayat. 


    Sementara itu, seorang wanita yang dipercayai mengenali pengasuh berkenaan turut meluah rasa terkejut dan tidak percaya dengan tindakan rakannya itu. 

    Menurut status Facebook Didi Anthony, pengasuh terbabit mempunyai seorang anak angkat lelaki OKU. 

    "Kenapalah kau ni Qayla, sedangkan dengan anak angkat kau dari syurga yang tak boleh berjalan dan buta ini pun kau boleh pukul, maki, jerit-jerit di telinga dia di depan orang, inikan lagi kau mengasuh anak orang pula yang berumur lima bulan?

    "Tak sangka weh kau macam tu, sanggup kau letak budak itu dalam peti dan bungkus dalam beg. Apalah hati binatang sangat kau ni. 

    "Harap sesiapa yang boleh tolong selamatkan anak angkat dia ini. Ini gambar lama dengan anak syurga," tulis Didi di Facebooknya yang telah dikongsi 981 kali. 


    BERITA BERKAITAN: 


    from The Reporter https://ift.tt/2lU36Hj
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment