loading...
  • Breaking News

    Tuesday, July 10, 2018

    Senarai 44 barangan kemas bernilai RM60 juta, paling mahal Subang Berlian RM2.6 juta


    Jumlahnya bukan sedikit tetapi berdasarkan perkiraan satu unit barangan tersebut, nilainya sudah menyamai sebuah rumah mewah. Hari ini, kita sekali lagi dikejutkan dengan satu berita yang tular di media sosial dan sedang hangat diperkatakan. 

    Isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah difailkan saman oleh Global Royalty Trading Sal  berikutan 44 unit barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari lalu telah dirampas oleh pihak polis pada Mei  lalu. 

    Sebelum ini, Datuk Seri Najib diminta mengulas mengenai sidang media polis berhubung dengan nilai barangan mewah yang dirampas dari kediamannya. Beliau mendakwa beliau tidak sedar koleksi barangan kemas dan barang lain milik isterinya dan menyatakan bahawa dirinya seperti suami-suami yang lain, ujarnya di dalam temu bual eksklusif bersama Malaysiakini.


    Berdasarkan 44 unit barangan kemas tersebut, antara barang kemas termahal adalah sebentuk cincin berlian 16.50 karat berharga AS$925,000 (RM3.7 juta). Berikut merupakan 44 unit barangan kemas yang dituntut mencecah nilaian jutaan ringgit.

    1. Rantai leher berlian
    2. Subang (Kedua-dua bernilai AS$586,000) (RM2,351,746.08)
    3. Rantai leher
    4. Loket berlian empat segi (Kedua-dua bernilai AS$626,800) (RM2,515,350.89)
    5. Subang Zamrud
    6. Cincin (Kedua-dua bernilai AS$235,000) (RM942,969.76)
    7. Subang berlian berbentuk pear (AS$478,000) (RM1,917,969.55)
    8. Cincin bertatahkan berlian dan Zamrud (AS$555,000) (RM2,226,862.68)
    9. Cincin bertatahkan berlian berbentuk Pear (AS$325,000) (RM1,304,156.55)
    10. Subang berlian berbentuk pear (AS$544,000) (RM2,182,899.95)
    11. Subang berlian berbentuk hati (AS$180,000) (RM722,151.83)
    12. Cincin berlian berbentuk lonjong (AS$250,000) (RM1,003,126.44)
    13. Cincin berlian berbentuk lonjong (AS$125,000) (RM501,564.84)
    14. Rantai leher berlian
    15. Subang berlian (Kedua-duanya bernilai AS$670,000) (RM2,688,518.60)
    17. Rantai leher bertatahkan berlian dan zamrud (AS$410,000) (RM1,645,175.12)
    18. Subang berlian berbentuk pear (AS$334,000) (RM1,340,272.60)
    19. Rantai tangan berlian (AS$444,000) (RM1,781,712.32)
    20. Rantai leher berlian (AS$270,000) (RM1,083,137.71)
    21. Cincin berlian berbentuk lonjong (AS$155,000) (RM621,811.12)


    22. Cincin berlian berbentuk hati (AS$288,000) (RM1,155,423.53)
    23. Subang berlian berbentuk pear (AS$489,000) (RM1,961,700.07)
    24. Rantai leher berlian (AS$505,000) (RM2,025,835.13)
    25. Cincin berlian (AS$124,000) (RM497,429.44)
    26. Rantai leher (AS$487,000) (RM1,953,682.82)
    27. Subang berlian (AS$177,000) (RM710,120.52)
    28. Cincin berlian berbentuk pear (AS$190,000) (RM762,141.79)
    29. Rantai leher berlian (AS$575,000) (RM2,306,745.18)
    30. Subang berlian (AS$141,570) (RM567,925.14)
    31. Cincin berlian (AS$925,000) (RM3,711,776.1)
    32. Rantai leher berlian (AS$357,000) (RM1,432,791.03)
    33. Subang berlian (AS$265,000) (RM1,063,571.25)
    34. Rantai leher berlian berbentuk hati (AS$322,000) (RM1,292,424.39)
    35. Subang berlian berbentuk pear (AS$307,000) (RM1,232,285.02)
    36. Rantai berlian (AS$525,000) (RM2,107,316.46)
    37. Subang berlian (AS$230,000) (RM923,205.31)
    38. Cincin bertatah berlian dan zamrud (AS$249,000) (RM 999,539.16)
    39. Rantai tangan berlian dan zamrud (AS$220,500) (RM 885,046.73)
    40. Rantai leher berlian (AS$525,500) (RM 2,109,261.04)
    41.Subang berlian (AS$220,500) (RM885,070.69)
    42. Rantai leher berlian (AS$586,600) (RM2,354,742.51)
    43. Rantai berlian (AS$275,300) (RM1,105,115.26)
    44. Subang berlian (AS$240,000) (RM963,459.21)


    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter https://ift.tt/2zriYL1
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment