Bayi lelaki berusia tiga bulan yang dilaporkan telah dilarikan oleh individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya, ditemui mati di peti ais rumah pengasuh terbabit, lapor Harian Metro.
Mayat Adam Rayqal Mohd Sufi, ditemui disorok di dalam peti ais rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak pada jam 11 malam tadi selepas polis membuat pemeriksaan di kediaman itu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat bayi ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, namun dibalut dengan kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.
Unit Forensik PDRM Selangor membawa keluar bungkusan dipercayai mengandungi mayat Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan. pic.twitter.com/eS5IL2UWev— Berita Harian (@bharianmy) July 3, 2018
"Mayat Adam Rayqal ditemui selepas polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
"Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan," katanya.
Ekoran kejadian itu, polis menahan pengasuh dan juga rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.
Mayat bayi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, media melaporkan bayi berkenaan hilang dilarikan oleh individu yang tidak dikenali dari rumah pengasuhnya.
Bapa mangsa, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28 , berkata, dia hanya mengetahui kehilangan anaknya selepas dimaklumkan oleh isterinya, Farah Madiha Othman, 28, jam 7 malam tadi.
"Isteri saya menghantar Adam Rayqal ke rumah pengasuh pada jam 12 tengah hari tadi kerana dia ingin pergi bekerja.
Difahamkan, Mohd Sufi yang baru seminggu menghantar anaknya kepada pengasuh terbabit, belum pernah menjemput anaknya dari rumah pengasuh itu.
Mohd Sufi turut memuat naik gambar anaknya di media sosial dan meminta orang ramai membantu mengesan anaknya itu, sebelum anaknya ditemui mati dan disorok dalam peti ais rumah pengasuh.
from The Reporter https://ift.tt/2KHMYDs
via IFTTT
No comments:
Post a Comment