"Perkahwinan saya sah di sisi agama walaupun salah dari segi undang-undang," demikian tegas peraih getah, Che Abdul Karim Che Abdul Hamid, 41, yang bernikah dengan kanak-kanak perempuan, 11, berasal dari negara jiran.
Harian Metro melaporkan, bapa kepada enam orang anak itu berharap, isu perkahwinannya itu tidak terus diperbesarkan kerana mereka mahu menjalani kehidupan seperti biasa. Malah katanya, orang kampung juga sudah mengetahui kisah sebenar dan tidak memandang sinis terhadapnya.
"Walaupun ramai yang menentang perkahwinan ini, namun saya tidak akan lepaskan isteri ketiga hanya kerana desakan pelbagai pihak.
"Walaupun kisah saya menjadi bualan di seluruh negara dan saya akui turut tertekan dengan situasi itu. Namun kehidupan saya berjalan seperti biasa termasuk menjadi imam di surau kampung. Orang kampung yang sudah mengetahui kisah sebenar, tidak memandang sinis langsung kepada kami. Hanya orang luar sahaja yang terkejut dengan isu ini," katanya.
Dalam kenyataan itu, Che Abdul Karim juga menyatakan, isteri ketiganya juga tidak terkesan dengan apa yang berlaku kerana apa yang lebih penting adalah perkahwinan mereka sah di sisi agama Islam.
Menurut Che Abdul Karim, dia telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan dan pihak kerajaan negeri juga mahu bertemu dengannya hari ini dan dia akan mendapatkan nasihat daripada pihak kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan termasuk mendaftarkan perkahwinannya dengan kanak-kanak berkenaan.
Beliau mengakui masih belum berjumpa dengan isteri kedua yang mendedahkan pernikahan ketiganya itu di media sosial. Ini kerana dia mahu memberi ruang kepada isteri keduanya yang masih marah.
"Saya tidak mahu berlaku kejadian tidak diingini sekiranya bertemu dengan isteri kedua dalam keadaan marah. Namun hubungan saya dengan isteri ketiga tiada masalah," katanya.
Sementara itu, kanak-kanak terbabit menegaskan dia tetap setia menunggu meskipun untuk tempoh lima tahun akan datang yang ketika itu dia berusia 16 tahun.
"Saya berulang kali menyatakan bahawa (kami) tidak akan berpisah)," katanya yang juga memaklumkan hubungannya bersama dengan dua madunya semakin erat dan sering berhubung melalui WhatsApp.
"Hampir setiap masa saya berhubung dengan dua madu melalui WhatsApp dan bertambah mesra. Mereka berdua tanya saya adakah saya benar-benar sayang kepada suami kami dan saya jawab seikhlas hati amat menyayanginya," katanya.
Sumber: Harian Metro
BERITA BERKAITAN:
- 'Saya takkan lepaskan isteri ketiga' - Lelaki nikah dengan budak 11 tahun pertahankan keputusannya
- 'Saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya' - Ayu tegaskan dia sayangkan suaminya
- 'Tiada guna perkahwinan in diteruskan' - Isteri pertama dan kedua nekad tuntut cerai dari suami kahwini budak 11 tahun
from The Reporter https://ift.tt/2IJOKC5
via IFTTT
No comments:
Post a Comment