Seorang wanita membuat laporan polis berikutan kehadiran seorang lelaki yang tidak dikenali di rumah sewanya dan dipercayai berniat jahat terhadapnya.
Melati yang menceritakan semula kejadian itu di Twitternya berkata, dia tersedar pada jam 6 pagi dan mendapati suspek baring di sebelahnya. Ketika kejadian, kesemua rakan serumah Melati tiada di rumah dan Melati tinggal bersendirian sahaja.
KEPADA perempuan yang duduk rumah sewa atau duduk dengan keluarga, tolong berhati-hati ye. Kadang-kadang ada orang dah lama jadikan rumah kita sebagai sasaran, cuma tunggu masa yang sesuai sahaja untuk masuk dan kejadian ini berlaku pada saya sendiri.
Walaupun duduk 10 orang dalam rumah, berhati-hatilah. Rumah saya dah dua kali kena panjat dengan lelaki dan kami tak tahu siapa orangnya.
Rumah saya ada satu atap lutsinar yang membolehkan cahaya masuk. Jadi pada malam itu, rakan serumah saya nak pergi ke bilik belakang dan tiba-tiba sewaktu dia berada di bilik belakang, dia terdengar ada orang berjalan di atas atap. Dia ingatkan hantu.
Kemudian bila dia pergi ke ruang tamu, dia tengok atap dan tiba-tiba ada muka budak lelaki sedang perhatikan dalam rumah. Dia terkejut dan terus berlari mendapatkan saya.
Saya menyangka dia berimaginasi atau dia nampak hantu, tetapi tidak. Saya pergi ke bilik belakang, terdengar bunyi yang sama. Weh! Siapa yang tak takut kan? Saya terus ke ruang tamu dan menghubungi kawan saya.
Saya ingatkan kejadian itu habis begitu saja, tetapi keesokan harinya dia panjat lagi dan kami buat laporan polis. Selepas itu, polis datang dan tengok keadaan rumah. Polis kata mereka akan buat rondaan. Jadi saya fikir saya selamat.
Keesokan harinya, saya baru balik dari Kuala Lumpur dan rakan serumah saya semua sedang bersiap-siap nak keluar. Saya selepas mandi terus terlelap.
Selepas rakan serumah saya keluar, mereka kata dah tutup pintu sliding dan grill rapat. Tetapi sekitar jam 3-4 petang, rakan serumah tanya, "Kenapa grill terbuka?" dan untuk pengetahuan, rakan serumah saya tak pulang ke rumah sebab mereka temankan nenek sebelah tidur.
Jadi, lebih kurang jam 6 petang, saya sedang tidur dan biasanya saya akan bangun sekitar jam 5.30 - 6 pagi sebab nak solat Subuh. Tetapi jam 6 pagi itu saya tersedar sebab ada orang seluk baju saya. Saya ingatkan rakan sebilik saya sebab dia tidur suka raba orang dan bila saya tersedar, ada seorang lelaki di sebelah saya dan saya tanya,
"WEH! KAU SIAPA?!"
Lelaki itu mengarahkan saya diam dan saya terus menjerit, baling bantal pada dia sebelum dia terus berlari keluar. Saya keluar dan tengok semua orang tiada di rumah.
Saya call kawan-kawan saya dan pagi itu saya terus buat laporan polis. Syukur dia tak sempat buat apa-apa. Bersyukur sangat Tuhan melindungi saya pada masa itu.
Kepada gadis-gadis di luar sana, tak kisahlah awak dalam rumah ke, dah terbiasa pakai seksi ke, kalau boleh ubah, ubahlah. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. I a little bit trauma.
Menurut Melati, suspek bukan pencuri berikutan tiada barang-barang milik mereka hilang.
"Barang-barang kitorang tak hilang pun. Lagipun kalau dia penagih dadah, dia akan lari bila nampak orang. Ini pervert," katanya menjawab andaian dari netizen.
from The Reporter https://ift.tt/2zbhK6k
via IFTTT
No comments:
Post a Comment