loading...
  • Breaking News

    Sunday, February 3, 2019

    Dipenjara 9 bulan kerana mi maggi


    Padah menggugut mahu mencederakan ibunya sendiri, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. 

    Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Shaiful Hazran Razali, mengaku bersalah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

    Berdasarkan pertuduhan, pada 21 Januari lalu jam 12.30 tengah hari di kediaman mereka Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, Mohd Shairul Hazran yang baru bangun dari tidur meminta ibunya, Faridah Ngah, 58, yang ketika itu sedang berehat memasak mi maggi untuknya. 

    Namun mangsa memaklumkan bekalan mi segera itu sudah habis menyebabkan tertuduh tiba-tiba naik angin lalu berlaku pertengkaran mulut di antara mereka. 

    Tertuduh yang gagal mengawal kemarahannya lalu mengugut mahu mencederakan mangsa dengan menumbuknya.

    Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis. 

    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter http://bit.ly/2GkFGpK
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment