loading...
  • Breaking News

    Thursday, February 7, 2019

    'Ini kehendak saya, sampai bila nak jaga hati orang' - Emma Maembong


    Tiga hari lalu, pelakon Emma Maembong atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 26, membuat keputusan untuk tidak memakai tudung lagi mengejutkan banyak pihak terutama peminatnya. 

    "Selama ini bukan hipokrit, tetapi keputusan ini dibuat kerana saya mahu menjadi diri saya. Sudah smapai waktu saya memikirkan kebahagiaan dan kegembiraan diri sendiri. 

    "Lagipun, ketika bertudung tiada siapa yang suruh. Ia atas kerelaan sendiri dan keputusan untuk buka tudung pun atas kehendak sendiri, bukan kerana orang lain. 

    "Sampai bila nak jaga hati orang. Saya berhak cari kebahagiaan dan tersenyum gembira. Selama ini kerjaya saya menghiburkan orang lain. Saya nak juga ada kehidupan sendiri. 

    "Siapa yang masih menyokong, syukur manakala sebaliknya (boikot) saya terima. Saya tak kisah kerana keluarga dan rakan-rakan tetap ada dengan saya. Itu sudah memadai. 

    "Setiap manusia ada buat kesilapan. Keputusan saya ini memang salah namun tegurlah secara baik dan beri sokongan motivasi.

    "Ini bukan keputusan (tidak berhijab) mengejut tetapi sudah lama saya fikirkan. Saya tahu ramai marah, saya minta maaf. Saya tak kisah orang bagi nasihat. Kalau benda tak elok, orang nasihat saya terima bulat-bulat. Saya tak marah pun. 

    "Mereka (keluarga) tak sokong sebab keputusan itu salah. Namun mereka memahami dan mahu saya menjadi diri sendiri. Lagipun mereka tahu jatuh bangun saya. Apa yang saya lalui bukan mudah tak seperti senyuman di Instagram. 

    "Mereka tidak melarang tetapi mendoakan supaya satu hari nanti saya jumpa jalan yang terbaik dan teruskan apa yang saya buat (berhijab) sebelum ini. Mereka juga pesan jangan berhenti berdoa," katanya. 

    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter http://bit.ly/2GeqHyu
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment