Seorang ibu dilucutkan hak penjagaannya terhadap tiga anak perempuannya, selepas dia dirakam memukul anak bongsunya hanya kerana meminta secawan teh.
Daniela Galarza gagal mengawal kemarahannya apabila anak bongsunya yang berusia tujuh tahun itu meminta wanita itu menyediakan air untuknya dalam kejadian di kediaman mereka di Cordoba, Argentina.
Anak sulungnya yang berusia 16 tahun merakam kejadian itu melalui telefon bimbit menunjukkan wanita itu memukul dan menyumpah seranah mangsa yang tidak berdaya melawan kembali.
Mangsa cuba melindungi dirinya dari dipukul dan ditampar suspek, sambil disaksikan oleh dua beradiknya.
Anak sulung menjerit pada ibunya, "Sudah!' menyebabkan wanita itu berang lalu memberi amaran kepadannya agar tidak masuk campur.
"Kau diam atau aku penggal kepala kau!" kata Galarza lalu menendang telefon bimbit anak sulungnya dan rakaman terhenti.
Bapa tiga beradik itu kemudian membuat laporan polis dan menggunakan video itu sebagai bukti. Ekoran kejadian itu, tiga beradik itu diserahkan kepada nenek mereka untuk dijaga sementara waktu.
Video kejadian itu juga viral di media sosial, namun suspek tidak ditahna oleh polis.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter http://bit.ly/2SlXQxT
via IFTTT
No comments:
Post a Comment