Viral di media sosial video seorang kanak-kanak lelaki didera teruk oleh ibu kandungnya.
Difahamkan, video itu dirakam oleh ahli keluarga terdekat mangsa dalam kejadian yang berlaku pada 1 Februari lalu di rumah mangsa, di Jalan Genting Klang.
Berdasarkan video itu, mangsa yang duduk di atas lantai, dipukul berulang kali oleh ibunya menggunakan senduk selain ditampar berulang kali di pipi kanan.
Mangsa juga ditempeleng sekuat hati sehingga berpusing dan tergolek tanpa sebarang perasaan simpati terhadap mangsa yang hanya mampu menangis ketakutan.
Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di hidung, luka di kepala dan bengkak di mata.
Menurut ahli keluarga mangsa, kejadian seumpama itu sudah kerap berlaku tetapi tiada yang berani bertindak membuat laporan polis sehingga salah seorang daripada mereka tampil membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun, suspek telah menghilangkan diri selepas laporan polis dibuat.
Kes sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/2Stj3WV
via IFTTT
No comments:
Post a Comment