loading...
  • Breaking News

    Wednesday, December 9, 2020

    'Itulah suka menunjuk sangat!' - Student tempah 100 bungkus nasi dari gerai bapa rakannya, tapi tak nak bayar


    Perbuatan prank (gurauan) biasanya dilakukan hanya untuk keseronokan bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Tetapi perlu diingatkan bahawa, apabila prank yang dilakukan itu mendatangkan kemudaratan, ia boleh menjadi kes yang serius. 


    Baru-baru ini seorang pengguna di Facebook berkongsi kisahnya di laman Facebook UTAR Confessions, di mana dia melakukan prank terhadap rakan sekelas yang dikatakan gemar menunjuk-nunjuk gaya hidup mewahnya.


    "Dia rasa dia hebat sangat sebab dia pandu kereta Honda City. Dia selalu main kunci kereta semasa berada di dalam kelas. Ramai yang tahu dia budak kaya. Menjengkelkan sungguh," kata pengadu.


    Suatu hari itu, pengadu dan rakan-rakannya membuka akaun Facebook 'Mamat Honda' itu dan mendapati bapanya mengusahakan sebuah gerai menjual nasi ayam. Mamat Honda itu juga adakalanya membantu mempromosikan perniagaan bapanya dengan berkongsi gambar di Facebook. 


    Tak semena-mena terlintas di fikiran pengadu dan rakan-rakannya untuk melakukan prank terhadap Mamat Honda dengan niat kononnya mahu memberi pengajaran di atas sikapnya yang gemar menunjuk-nunjuk gaya hidupnya yang mewah selama ini.


    "Saya beli sim kad baru dan hantar mesej melalui aplikasi WhatsApp ke nombor gerai itu untuk membuat tempahan 100 bungkus nasi ayam," katanya. 


    Namun, pengadu sedar yang dia perlukan alasan yang kukuh untuk mengelak dari diminta membuat pembayaran deposit kerana jumlah pesanannya terlalu banyak, lalu timbul idea untuk menipu rakannya itu. 


    "Saya kata, saya adalah Pembantu Khas kepada Yang Berhormat (YB) di sebuah daerah dan menjelaskan kami mahu membuat sumbangan kepada golongan orang susah," katanya. 


    Mendengar alasan itu, Mamat Honda terus percaya dan bersetuju sebelum mereka menetapkan waktu dan tarikh untuk mengambil tempahan nasi ayam itu yang dijadualkan dua hari kemudian. 


    "Haha! Selepas itu, saya terus buang simkad tersebut ke dalam tong sampah," kata pengadu.


    Tiba pada hari kejadian, Mamat Honda memuat naik status di Facebook meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap 'pelanggan bodoh' dan tidak bertanggungjawab melakukan prank pada perniagaan bapanya sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian besar. 


    "Saya tergelak guling-guling. Akhirnya mereka sedekahkan makanan itu kepada rumah anak yatim dan rumah kebajikan. Saya pun tolong dia melakukan kerja-kerja kebajikan itu. Padan muka, siapa suruh sombong sangat. Lain kali, jangan sombong sangat!" katanya. 


    Setelah perkongsian kisah itu viral, ramai netizen yang tampil mengecam perbuatannya itu yang dianggap keterlaluan dan melampau. Netizen berharap pengendali laman confessions itu menghantar perkongsian pengadu kepada pihak polis untuk diambil tindakan kerana telah melakukan prank yang menjejaskan perniagaan bapa rakan mereka. 


    Selain itu, netizen berpendapat hal-hal remeh seperti itu sepatutnya diselesaikan sesama sendiri tanpa perlu melibatkan orang lain sehingga menjejaskan perniagaan bapa rakan mereka.


    Sumber: UTAR Confessions, World of Buzz



    from The Reporter https://ift.tt/3qEZxVB
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment