Guru terbabit yang mengajar di Sekolah Menengah Suyu dilaporkan menghukum pelajar berkenaan kerana bercakap dengan rakannya ketika sesi pembelajaran, pada Selasa lalu. Guru terbabit menampar pipi pelajar itu sebanyak 12 kali.
Pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Xiaochen, cedera dan mengalami gegaran otak serta kesan tapak tangan guru berkenaan di pipi kiranya dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Jelas kelihatan kesan tapak tangan yang masih merah di bahagian pipi kirinya. Mangsa memberitahu media, dia didenda selepas guru terbabit mendapati dia berbual dengan rakannya dalam kelas.
Xiaochen ditarik keluar dari kerusinya sebelum ditampar sebanyak 12 kali di hadapan rakan-rakan kelasnya.
Menurut salah seorang rakan sekalas mangsa berkata, guru terbabit gagal mengawal kemarahannya dan telah menampar seorang pelajar perempuan sebelum Xiaochen menjadi mangsa seterusnya.
Kejadian itu dilaporkan kepada pihak Kementerian Pendidikan dan keluarga Xiaochen turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Pihak sekolah pula bersetuju untuk membayar segala kos perubatan Xiaochen.
Pihak sekolah juga mengambil tindakan memecat guru terbabit dan mengurangkan pemberian bonusnya. Tidak dapat dikenal pasti sama ada polis akan mendakwa guru berkenaan atau sebaliknya.
from The Reporter https://ift.tt/2IZq1ds
via IFTTT
No comments:
Post a Comment