loading...
  • Breaking News

    Friday, July 6, 2018

    (Video) Ibu tergamam, anak perempuannya (15) terberanak di depan mata


    Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun telah melahirkan bayi perempuan di tepi jalan, di depan mata ibunya sendiri yang terpinga-pinga dan tidak mengetahui bayi siapakah yang dikandung oleh anak perempuannya itu, lapor Daily Mail.

    Difahamkan, remaja berkenaan menaiki tren dari Zuzhou ke Taixing untuk melawat ibunya dalam perjalanan yang mengambil masa tiga jam.




    Sebaik saja berjumpa, ibunya yang dikenali sebagai Lin, terkejut melihat pendarahan di bahagian kemaluan anaknya dan menyangka dia datang haid. Selepas itu, Lin membawa anaknya menaiki bas menuju ke HTR untuk mendapatkan rawatan. Sebaik saja turun dari bas, remaja itu mengalami kontraksi dan akhirnya bersalin bayi perempuan. 

    Terkejut dengan kejadian itu, Lin mahu membawa anaknya beredar dari tempat itu dan membiarkan saja cucunya itu ditinggalkan di atas jalan dengan alasan anaknya terlalu muda untuk menjadi ibu dan mereka tidak mampu menyaranya.

    "Tak, tak, kita tak boleh bela bayi ini," katanya Lin, sedangkan pada waktu itu dia boleh menghantar anak dan cucunya ke HTR yang tidak jauh dari tempat kejadian. 

    Kejadian itu diketahui beberapa pengawal keselamatan HRT dan terus melaporkan kejadian itu kepada polis serta membawa dua beranak itu hospital untuk mendapatkan rawatan. 



    Pemeriksaan hospital mendapati, bayi itu mengalami lebam di bahagian kepala dan kini sedang dirawat oleh doktor. Uri juga masih berada di dalam rahim remaja berkenaan dan dia akan menjalani pembedahan bagi mengeluarkan uri itu.

    Sementara itu, polis yang tiba di lokasi kejadian memberi amaran kepada Lin mengenai perbuatannya yang boleh dikenakan tindakan undang-undang atas tuduhan membuang bayi.

    Lin bagaimanapun menerima bayi itu sebagai cucunya dan mahu merancang memberi kehidupan yang lebih baik kepada anak dan cucunya itu.


    from The Reporter https://ift.tt/2NsSlZb
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment