loading...
  • Breaking News

    Monday, March 13, 2023

    'Duduk kat kaki lima, letak tikar pun kena bayar RM5?!' - Pengadu bengang kena scam di Port Dickson



    Di waktu cuti persekolahan ini, ramai ibu bapa mengambil peluang untuk membawa anak-anak pergi bercuti di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai. Malangnya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mengenakan caj yang 'bukan-bukan' dan ini mengundang kemarahan ramai. 


    Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook mendakwa dia dikenakan caj sebanyak RM5 hanya kerana duduk di kaki lima. 


    "Sekarang ni pergi Port Dickson semua kena bayar eh? Smart betul! 


    "Kau duduk dekat kaki lima ni, letak tikar pun kena bayar RM5. Bukannya (kami) duduk dekat tapak perkhemahan itu pun. Baik kau koba air laut tu pun kau bayar sewa. 


    "Majlis Perbandaran Port Dickson, tolong pantau sikit. Takut esok, pasir pantai ini pun dia kira sebutir-sebutir. Bak kata orang pada patemak. Sekian," kata pengadu. 


    Pendedahan itu membuka ruang kepada netizen lain berkongsi pengalaman yang hampir sama. 


    "Jangan pergi Teluk Kemang. Den yang tiap-tiap minggu lepak pun tak jejak Teluk Kemang tu. Ramai bona acah-acah aban gkawasan dalam tu. Pund**. Baik lepak kat Pantai Cahaya, Bagan Pinang atau Batu 4 depan Petronas tu lagi syok," kata Adib. 


    "Port Dickson bukan lagi tempat percutian. Duduk mana-mana pun dekat pantai itu memang kena bayar. Datang nak berseronok, jadi tak seronokpula duduk bawah khemah RM50, kerusi satu RM5. Nak tanya, pantai itu diorang punya ke?" kata Zulkifli. 


    "Tak payah pergi dah la. Kami lama dah tak pergi Port Dickson. Tak tahu nak bentang tikar kat mana dah. Semua tak boleh," kata Zuraida. 


    Bagaimanapun, ada juga netizen yang mempertahankan tindakan pihak berkenaan mengenakan caj tersebut atas sebab-sebab tertentu. 


    "RM5 pun nak berkira. Support la sikit. Yang berniaga itu Melayu kita juga. Anggap saja la sedekah membantu saudara seiman. Ada rezeki lebih baik menanti anda," kata Kaiser Slautern. 


    "Memang ada area perlu bayar. Saya suka yang area berbayar itu sebab bersih dan terjaga. Tandas, surau bersih dan selesa. Ada sinki di luar, mudah guna. Ada paip boleh cuci kaki, nak masuk kereta pun tak ada bawa pasir. Tak ada anjing berkeliaran di situ. Ada aera tak berbayar tetapi tak bersih dan anjing pun selamba kehulu, kehilir," kata Nur Atiqah. 


    Sumber: Facebook



    from The Reporter https://ift.tt/qJm2Qh5
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment