Pelakon Puteri Sarah dilaporkan telah memfailkan permohonan hadanah (penuh) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Permohonan hadanah bermaksud, permohonan mendapatkan hak penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya menguruskan diri sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Jelas Puteri Sarah, dia membuat permohonan itu selepas difikirkan secara tiba-tiba.
"Sebab semalam pun tiba-tiba, kita semua pun main tiba-tiba," katanya memetik laporan dari Kosmo! Online, hari ini.
Sementara itu, peguam syarie, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff yang mewakili pelakon itu berkata, permohonan itu telah dibuat mengikut Seksyen 81 Akta (303)(1) tertakluk kepada Seksyen 82.
Seksyen tersebut menetapkan ibu adalah individu yang paling berhak menjaga anak kecilnya sama ada masih dalam perkahwinan dan selepas perkahwinan.
Pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sumayyah, 4, dan Syaikhul Islam, 6.
Semalam, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah dan mendakwa isteri pertamanya itu curang kerana masih berhubung dengan bekas teman lelaki (zaman kolej) yang kini merupakan suami orang.
Pada hari yang sama, Puteri Sarah mendedahkan Syamsul dan isteri keduanya, Iza Kazar kini sedang disiasat atas kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah.
Sumber: Kosmo! Online, Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/TkPjBCM
via IFTTT
No comments:
Post a Comment