loading...
  • Breaking News

    Wednesday, March 22, 2023

    'Siapa boleh terima kalau isteri kita berhubung dengan suami orang?' - Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan kekasih lama zaman kolej



    Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah, semalam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. 


    Syamsul mendakwa, Puteri Sarah ada berhubung dengan bekas kekasihnya semasa di kolej yang kini merupakan suami orang. 


    "Saya tahu berkenaan Sarah berhubung dengan bekas kekasih. Dia bukan seorang pelakon, hanya orang biasa. Jadi jangan salah faham. Bekas kekasih dia sewaktu di kolej lagi. 


    "Siapa yang boleh terima kalau mengetahui isteri kita ada berhubungan dengan suami orang? Lillahitaala, perkara ini bukan ditimbulkan kerana saya sekarang perlukan sesuatu untuk 'membantai' Sarah, tidak sama sekali. 


    "Saya tidak mahu berkongsi mengenai perkara ini kepada umum, tapi malangnya mungkin salah saya selama ini, saya berdiam keadaan menjadi sangat keruh. 


    "Saya yakin, melihat keadaan Sarah yang melemparkan pelbagai tuduhan dan tohmahan tak bagi nafkah, fitnah saya memukul dan sebagainya. 




    "Pada minggu lepas saya terkejut bila di mahkamah dia tuduh saya pukul dia. Saya tahu dia marah dan benci saya tapi adakah sampai ke tahap memfitnah saya. Saya masih berfikir adakah perkara terbaik untuk saya membuka mulut? Saya tetap berdiam, saya tak mahu memburukkan Sarah atau membuka aibnya. 


    "Saya memilih untuk diam diri sehingga kedua orang tua saya sendiri pun tidak tahu menahu mengenai konflik rumah tangga saya. Seperti yang semua tahu, ibu bapa saya juga menghentam saya. 


    "Ini bukan caranya. Hanya kerana saya tidak mahu menceraikannya, dia mahu memalukan saya. Berkali-kali saya menghubunginya untuk berbincang, tetapi saya rasa Sarah mungkin suka dengan drama ini semua. 


    "Saya bukan nak melawan Sarah. Pada akhirnya dia tetap isteri saya," katanya. 


    Bagi Syamsul, keadaan rumah tangganya kini sangat huru hara dan dia sebaik-baiknya mahu berdamai dengan Sarah. Namun, hasratnya itu tidak kesampaian. 


    "Keadaan sedang huru hara, saya yang kena baling periuk nanti. Sebenarnya itu adalah salah satu cara dulu, saya perlu berbaik dengan isteri saya. Tapi malangnya, dot dot dot la. Tapi apa pun, saya anggap segala yang berlaku ini adalah ujianNya," katanya. 




    Dalam pada itu, Syamsul juga menafikan spekulasi bahawa isteri keduanya sudah hamil. 


    "Itu adalah fitnah, saya dapat tahu pun daripada kenalan saya dan kalau mengandung pun, Alhamdulillah. Tapi saya nak jelaskan memang (Ira Kazar) tidak hamil dan kalau ada berita baik, saya akan beritahu.


    "Doakan sahaja yang baik-baik. Saya pun sentiasa berdoa supaya saya menjadi seorang suami yang baik dan adil. Orang kata, kahwin ini pun salah satu jalan taubat juga," katanya. 


    Mengulas mengenai tindakan segelintir pihak yang mahu memboikot filemnya, Syamsul mengakui dirinya sedih tetapi percaya rezeki itu semuanya daripada Allah. 


    "Sudah tentu saya sedih. Tetapi saya percaya pada rezeki Allah. Kalau orang nak boikot pun, saya Alhamdulillah sahaja," katanya. 


    Sumber: Extra, mStar Online



    from The Reporter https://ift.tt/Pn3YKzh
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment