Semalam, seorang murid perempuan berusia 9 tahun dilaporkan maut akibat digilis treler, semasa dalam perjalanan pulang dari sekolahnya di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang.
Menurut siasatan polis, dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, mangsa bersama dengan adik lelakinya membonceng motosikal yang ditunggang oleh pengasuhnya, 54. Ketiga-tiga mereka tidak memakai topi keledar.
Selepas keluar dari simpang menghala ke arah Teluk Gong, wanita itu dikatakan hilang kawalan ekoran jalan yang dilaluinya berpasir lalu menyebabkan ketiga-tiga mangsa terjatuh di atas jalan raya.
Pada masa yang sama, sebuah treler yang dalam perjalanan ke Telok Gong tidak sempat mengelak lalu digilis tayar belakang treler dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa digilis tayar treler |
Pemandu treler dipukul orang awam 'palatao' |
Penunggang motosikal mengalami patah tangan, manakala adik mangsa cedera di bahagian kepala dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan.
Orang awam yang gagal mengawal diri terus bertindak memukul pemandu treler berusia 36 tahun sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka.
Bapa mangsa, Muhammad Jamathir Ahmad Nordin |
Sementara itu, bapa mangsa, Muhammad Jamathir Ahmad Nordin, 32, terkilan dengan kejadian yang menimpa anaknya, Nurul Jannatun Assyifa. Apatah lagi hasrat anaknya memakai baju raya sedondon pada Aidilfitri tahun ini juga tidak kesampaian.
"Kami sekeluarga sepakat untuk mengenakan tema hitam pada Aidilfitri ini. Dia seronok melihat pakaian raya yang dibeli secara online. Bagaimanapun sudah ditakdirkan begitu, memang sedih tetapi saya perlu reda," katanya.
Nurul Jannatun Assyifa (kiri) |
Rakan pemandu treler tidak berpuas hati dengan tindakan sembrono orang awam |
Menurut sumber, pemandu treler bukan sahaja dipukul, malah dompet dan kamera papan pemuka (dashboard) turut dirampas oleh orang awam.
Video dashcam dari kenderaan saksi lain juga sedang tular di media sosial yang menunjukkan treler berkenaan bukanlah punca kejadian seperti yang didakwa.
Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/8zM6TuG
via IFTTT
No comments:
Post a Comment