loading...
  • Breaking News

    Friday, March 17, 2023

    'Saya tak pernah buli orang di sekolah, tolong bagi bukti kalau betul saya salah' - Uqasha Senrose desak Alya beri bukti atau berdepan dengan tindakan saman fitnah



    Pelakon Uqasha Senrose menerusi live di TikTok malam tadi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan fitnah yang mengatakan dia pembuli semasa di bangku persekolahan. 


    Menurut Uqasha, dia tidak akan berdiam diri dengan fitnah yang dilemparkan oleh individu bernama Ayla atau @ImZawani, membuat dakwaan itu terhadapnya tatkala dia masih trauma dengan kejadian yang menimpa suaminya. 


    "Saya ni dah lah tengah trauma dengan suami saya masih belum sembuh, tengok-tengok nama trending di Twitter. Benda ini saya kena ambil peduli kerana ini fitnah yang melampau.


    "Ramai orang yang saya tak kenal pun konon mengaku yang saya ini kaki buli. Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak dari dulu lagi? Kalau betul saya buli awak, tampil. Kalau betul kata-kata awak yang awak suadh beritahu di Twitter awak tu, saya sedikit pun tak takut. 


    "Tolonglah saya nak bukti sangat. Saya percaya, kalau betul saya salah, saya tetap akan salah. Tapi kalau saya tak salah, saya dah sediakan lawyer semua," tegasnya. 


    @yuyuenlee #uqasha #uqashasenrose #kamaladli ♬ original sound - YUYU.SHOPAHOLIC


    Selain itu, Uqasha menafikan dia membuli Ayla sehingga menyebabkan wanita berkenaan terpaksa berpindah ke sekolah lain. Sebaliknya pada ketika itu, Uqasha sendiri yang terpaksa berpindah dari sekolah tersebut. 


    "Untuk makluman, saya yang pindah sekolah. Macam mana pula dia boleh cakap dia yang pindah sekolah? 


    "Sekarang saya nak bukti. Siap cakap sampai nak bunuh diri lagi. Benda ini bukan benda kecik. Saya cuma nak tekankan, saya nak bukti. Sebab side saya, polis dan lawyer akan buat siasatan lanjut dan segala-galanya akan terjawab tidak lama lagi," katanya. 


    Bagi Uqasha, tindakan Ayla menyertakan sekeping gambar zaman persekolahan mereka tidak cukup untuk membuktikan dakwaan tersebut.


    Dalam masa sama, Uqasha menasihatkan mana-mana pihak lain tidak mengeruhkan lagi keadaan. Sebaliknya, memberi ruang kepada dia untuk menyelesaikan masalah itu mengikut undang-undang. 


    "Kepada yang tidak  terlibat, netizen-netizen jangan jadi otak singkat, konon-kononnya nak back up. Sekarang kita tunggu jelah, saya dah sediakan peguam untuk insiden membabitkan suami dan untuk perkara ini," ujarnya. 


    Sumber: Xtra



    from The Reporter https://ift.tt/LEOcPUq
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment