Pelakon Farid Kamil mendedahkan hubungan rumah tangganya retak disebabkan orang ketiga. Namun Diana Danielle pula menafikan kenyataan suaminya itu dan menegaskan Farid telah memfitnahnya.
"Itu fitnah. Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi tu, dia dah hilangkan selama lapan tahun. Baru hari ini dia nak belikan balik cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun.
"Kalau saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin untuk saya? Kalau saya kantoi, kenapa nak bawa bunga?" katanya.
Dalam masa sama, Diana memaklumkan anaknya, Aurora trauma dengan apa yang sedang berlaku.
Farid terdahulu mendakwa dia menyedari perkara itu sejak tahun lalu dan baru-baru ini perkara itu terkantoi lalu bertanya kepada isterinya mengenai hal tersebut. Namun, reaksi yang diterimanya, permintaan untuk berpisah.
Hubungan rumah tangga pasangan selebriti ini mula berantakan sejak Farid tidak lagi dibenarkan pulang ke rumah awal bulan Mac. Keinginan Farid untuk bertemu dengan anak-anak juga tidak kesampaian.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Aurora.
Sumber: Xtra
from The Reporter https://ift.tt/aJ8nX01
via IFTTT
No comments:
Post a Comment