loading...
  • Breaking News

    Friday, March 17, 2023

    Lelaki dakwa dia diceraikan oleh isterinya selepas wanita itu menang loteri bernilai 12 juta



    Seorang lelaki di Thailanad baru-baru ini menuduh isterinya menyembunyikan hadiah loteri bernilai 12 juta baht (RM1.5 juta) daripadanya, lapor Thaiger. 


    Bagaimanapun isterinya menegaskan mereka telah bercerai beberapa tahun lalu dan dia sudah berkahwin dengan seorang pegawai polis. 


    CERITA DARI SEBELAH SUAMI


    Lelaki berusia 47 tahun yang dikenali sebagai Narin, pergi mendapatkan bantuan daripada peguam terkenal, Narong Kawephet, pada 11 Mac lalu untuk memfailkan saman terhadap isterinya. 


    Difahamkan, Narin telah berkahwin dengan Chaweewan, 43, sejak 20 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak perempuan. 


    Narin menjelaskan, keluarga mereka menanggung hutang lebih daripada 2 juta baht (RM261K), apabila mereka berpindah ke Korea Selatan pada tahun 2014 untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang tersebut. 


    Selepas seluruh keluarganya kembali ke Thailand, Narin kekal di Korea Selatan dan mendakwa telah mengirim wang kira-kira 27,000 baht (RM3,500) hingga 30,000 baht (RM3,900) sebulan untuk perbelanjaan keluarga. 


    Dia kemudian dimaklumkan oleh anak perempuannya bahawa Chaweewan telah memenangi hadiah loteri 12 juta baht tetapi menyembunyikan perkara itu daripadanya. 


    Apabila Narin cuba menghubunginya, Chaweewan enggan menjawab panggilannya. 


    Terkejut dengan tindakan Chaweewan, Narin kembali ke Thailand pada 3 Mac lalu untuk berdepan dengan isterinya mengenai perkara itu. Ketika itu Narin baru mengetahui Chaweewan telah berkahwin dengan lelaki lain sebelum dia pulang ke Thailand. 


    "Saya terkejut dan tidak tahu apa yang patut dilakukan. Saya kecewa dan tidak menyangka bahawa isteri yang saya sayangi sejak 20 tahun lalu akan berbuat begini terhadap saya. 


    "Saya hanya mempunyai 60,000 baht (RM7,843) dalam akaun bank kerana saya selalu mengirimkan wang kepadanya setiap bulan. Saya mahu menuntut keadilan dan wang yang saya layak perolehi dari kemenangan loteri itu," katanya. 


    Walaupun Narin mendakwa Chaweewan adalah isterinya, tetapi dia mengakui tidak menandatangani sebarang dokumen perkahwinan dengan wanita itu. 


    CERITA SEBELAH ISTERI


    Chaweewan membuat laporan polis terhadap Narin kerana memfitnahnya. Chaweewan menegaskan dia tidak menyembunyikan sebarang wang hadiah seperti yang dituduh, malah memaklumkan dia ada menghubungi Narin pada 2019 untuk bercerai. 


    Tetapi, Narin pula memaklumkan dia tidak mengetahui perkara itu. 


    Lebih parah lagi, Chaweewan mengatakan dia tidak pernah menerima wang daripada Narin dan anak perempuan mereka hanya menerima 3,000 baht (RM392) hingga 4,000 baht (RM522), bukannya seperti yang didakwa oleh Narin. 


    POLIS BUKA KERTAS SIASATAN


    Menurut peguam yang mewakili Narin, dia berhak mendapat wang tersebut walaupun tidak mempunyai sijil nikah rasmi. Apa yang penting adalah, hubungan mereka diakui oleh suadara mara dan kenalan lain. 


    Bagaimanapun, Chaweewan mendakwa bahawa, jiran mereka mengetahui perceraian mereka. 


    Kes Narin dan Chaweewan kini sedang disiasat oleh polis dan pihak yang berkaitan. 


    Sumber: Mothership



    from The Reporter https://ift.tt/6YkPd4j
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment