Harapan melihat anak bergembira di hari pertama persekolahan tidak kesampaian apabila si anak pulang mengadu tiada seorang pun murid yang mahu berkawan dengannya.
Video yang dimuat naik oleh Farahani di TikToknya lima hari lalu, telah ditonton lebih dari 2.3 juta pengguna TikTok yang rata-ratanya menzahirkan rasa simpati terhadap kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Ivy.
"Awal pagi tadi happy sangat, semangat nak pergi sekolah. Balik petang, menangis tersedu-sedu. Bila ditanya kenapa, dia kata "No one want to be friends with me because I speak english."
"Dia memang tak reti cakap Melayu. Saya terkedu," kata Farahani.
Menurut Farahani, dia sendiri juga menangis pada masa itu dan tidak pernah menyangka akan menghadapi situasi sedemikian.
"Ada juga orang kata saya yang bersalah sebab anak tak pandai cakap Melayu. Tapi itulah kejadiannya. Ada yang cakap, 'Wow baru balik dari Amerika ke family ni? Kalau dah pandai cakap bahasa inggers tu, hantar je lah anak tu pergi sekolah private kan'. Banyak cadangan-cadangan diberi, apa pun terima kasih," katanya.
Farahani turut menafikan dakwaan netizen kononnya dia memarahi Ivy. Sebaliknya, dia juga susah hati melihat anaknya yang menangis selama setengah jam.
"Saya pun menangis masa tu. Jadi saya tak marah anak saya yang susah hati masa tu. Saya tak marah dia, saya yang susah hati bila dia tak jawab soalan saya.
"Satu lagi, dia bukannya tak faham Bahasa Malaysia. Dia faham, cuma susah nak bertutur. Dia boleh, (cuma) dia susah nak bercakap.
"Jadi kalau orang bercakap Bahasa Inggeris dengan dia, dia akan fikir-fikir macam tu. Kadang-kadang dia tak balas sebab dia susah nak keluarkan perkataan Bahasa Melayu tu," katanya.
Dalam masa sama Farahani menafikan dakwaan liar yang mengatakan dia mahu menunjuk anaknya pandai bercakap Bahasa Inggeris. Sedangkan dia tidak berniat untuk berbuat demikian.
"Ramai yang kecam saya, cakap berlagak nak tunjuk anak pandai bercakap bahasa inggeris. Tak, saya tunjuk video anak saya menangis itu sebab saya rasa bersalah. Saya nak jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran kepada ibu bapa di luar sana.
"Saya terima semua kritikan yang mengatakan saya berlagak, tetapi bila baca satu komen yang ini, kalau anda sebagai seorang ibu, anda rasa macam mana?" katanya sebak apabila dimaklumkan oleh murid senior bahawa Ivy selalu bersendirian di waktu rehat.
"Saya dan anak saya orang biasa sahaja, cuma dia yang bercakap bahasa inggeris. Tapi dia pun ada hati dan perasaan. Dia kat sekolah seorang-seorang, tak ada kawan. Bayangkan kalau anak anda menghadapi situasi yang sama seperti Ivy. Rehat seorang diri, berjalan seorang diri," katanya.
Sumber: TikTok Farahani
from The Reporter https://ift.tt/IeKXvWi
via IFTTT
No comments:
Post a Comment