Apabila tinggal di rumah pangsapuri, flat atau kondominium, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Kita sebagai tuan rumah atau jiran tetangga tidak boleh mementingkan diri sendiri. Pemaju yang dilantik juga memainkan peranan penting dalam mengeluarkan peraturan dan menjaga keselamatan penghuni.
Seorang individu meluahkan rasa kecewa dengan tindakan jiran di tingkat atas rumahnya yang membuang najis kucing dari balkoni. Kesannya, balkoni rumah pengadu dipenuhi dengan najis kucing haiwan peliharaan jirannya itu.
Difahamkan, pengadu pernah membuat teguran terhadap jirannya itu, tetapi teguran itu mencetuskan kemarahan yang menyebabkan dia dimarahi oleh jiran.
“Balkoni rumah aku, dah lima kali seingat aku. Bila tegur orang atas, aku yang kena marah balik,” katanya.
Jelas pengadu, dia telah membuat aduan kepada pihak pengurusan. Malangnya, tiada sebarang tindakan yang dikenakan terhadap jirannya.
“Komplen kat management, aku tak expect banyak la dari management Melayu. Aku harap masing-masing dapat hidayah,” katanya.
Balkoni rumah aku. Dah 5 kali kot seingat aku. Bila tegur orang atas, aku yg kena marah balik. Komplen kat management, aku tak expect banyak la dari management melayu. Aku harap masing2 dapat hidayah https://t.co/gIMERyKdEn pic.twitter.com/mIYsgKFwUk
— ᶘ ᵒᴥᵒᶅ (@atehhhhhhhhh) March 13, 2023
Pengadu juga mendakwa pihak pengurusan ada meletakkan peraturan di premis berkenaan mengenai larangan membawa masuk atau memelihara haiwan peliharaan tetapi peraturan tersebut seperti hanya tertulis dan tertampal di dinding begitu sahaja tanpa ada tindakan yang sewajarnya.
Rata-rata netizen mengecam tindakan jiran pengadu dan meminta pengadu melaporkan terus kepada pihak polis setelah tiada tindakan yang dibuat oleh pemaju.
Sebelum ini, turut tular di media sosial satu video yang menunjukkan seorang penduduk rumah pangsapuri membuang najis kucing dari balkoni. Video yang diberi tajuk POV tutorial buang najis kucing itu dikecam netizen.
Oo camni rupanya buang taik kucen kalau duduk rumah tinggi² gunung kinabalu 🥹 pic.twitter.com/8t7D2m1Nq7
— Yink (@liyanaliyana) March 10, 2023
Situasi begini sudah pastinya akan menyebabkan peraturan yang lebih ketat akan dikeluarkan dan akan menyebabkan semua premis akan menguatkuasakan undang-undang kepada penjaga/pemilik haiwan peliharaan.
Sumber: Atehhhhhhhhh, liyanaliyana
from The Reporter https://ift.tt/69PwCnE
via IFTTT
No comments:
Post a Comment