loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 16, 2023

    'Allahuakbar.. saya masih dalam keadaan trauma, difitnah pula sebagai pembuli' - Uqasha Senrose kesal difitnah wanita yang mengaku dirinya ex-classmate



    Beberapa hari lalu, media sosial digemparkan dengan kes yang menimpa pelakon Kamal Adli diserang individu yang dipercayai mengalami masalah mental. Kejadian itu telah menyebabkan Kamal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan terpaksa menjalani pembedahan di Singapura. 


    Isterinya, Uqasha Senrose, sehingga kini masih trauma dengan kejadian yang berlaku di depan matanya sendiri. Apatah lagi, suspek juga dikatakan telah mengugut dan mengancam keselamatan keluarganya. 




    Dalam kekecohan itu, tampil seorang pengguna Twitter pula mendedahkan dia pernah dibuli oleh Uqasha semasa di bangku persekolahan. 


    Menurut wanita berkenaan, kejadian itu berlaku pada 15 tahun lalu di mana dia telah dibuli sehingga trauma dan terpaksa bertukar ke sekolah lain untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 




    Ciapan wanita itu telah menarik perhatian ramai termasuk Uqasha sendiri yang kemudian tampil mempersoalkan apakah motifnya untuk mengeruhkan lagi keadaan tatkala Uqasha sedang trauma dengan kejadian menimpa Kamal. 


    "Allahuakbar.. selepas apa yang terjadi pada saya dan suami, ada pula yang memfitnah saya sebagai pembuli. Dengan satu gambar itu, saya dah dicop sebagai pembuli. Siapa yang tengah buli mental siapa ni? Dan gambar tu siapa yang ceria?


    "Dengan keadaan macam ni, baiklah saya fokus pada suami dan diri saya. Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma, dan difitnah sebagai pembuli. Allahuakbar," katanya. 




    Uqasha turut berkongsi gambar tangkap layar seorang pengguna Twitter yang mendakwa wanita berkenaan memutarbelitkan cerita sebenar di mana dia sendiri adalah pembuli. 




    Difahamkan, Uqasha akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan.




    Netizen berpendapat, individu berkenaan tidak sepatutnya tampil mengusutkan lagi keadaan Uqasha. Tidak kurang juga yang menasihatkan Uqasha untuk mengabaikan ciapan fitnah itu. . 




    Sumber: Twitter Uqasha Senrose

    from The Reporter https://ift.tt/t6MHRUw
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment