loading...
  • Breaking News

    Wednesday, March 29, 2023

    Lelaki maut dalam kemalangan jalan raya, selepas curi telefon bimbit



    Cubaan seorang lelaki bersama rakannya melarikan telefon bimbit mangsanya tidak berjaya apabila dua suspek terbabit mengalami kemalangan dalam kejadian di Jalan Parit Jalil, Batu Pahat, Johor. 


    Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 3.30 petang dan kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan Mazda, Proton Wira dan Perodua Axia. 


    Difahamkan, telefon bimbit milik pemandu Mazda telah dicuri oleh suspek yang kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Wira. 


    Berlaku aksi kejar mengejar dan apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu Mazda berusia 31 tahun bertindak melanggar bahagian belakang kereta Wira menyebabkan suspek hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Axia yang datang dari bertentangan.


    Kesan dari kemalangan tersebut, suspek emngalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya pula hanya mengalami kecederaan ringan. 


    Pasangan suami isteri yang menaiki Perodua Axia pula mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI). Pemandu MAzda tidak mengalami sebarang kecederaan. 


    Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melibatkan kematian. 


    Sumber: Kosmo! Online



    from The Reporter https://ift.tt/tTo8fPx
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment