Hari ini netizen kecoh dengan tindakan seorang influencer TikTok menceraikan isterinya secara live di aplikasi tersebut. Namun Khaireel Azlee Abd Aziz atau Boss Kay pula tampil menafikan dakwaan itu yang disifatkannya sebagai fitnah.
Menurut kenyataan Boss Kay pada portal mStar Online, video lafaz cerai terhadap Norsufia Johari atau Cik Pia adalah video rakaman peribadi yang dihantar kepada Cik Pia sahaja, bukan untuk tontonan umum.
"Itu merupakan video peribadi yang ditularkan oleh pihak sana. Video itu saya hantar (melalui aplikasi) WhatsApp untuk rujukan dia. Bukan saya yang tularkan, itu fitnah.
"Saya hantar secara peribadi. Lafaz itu dibuat pada 12 Mac dan video itu dirakam 10 saat saja. Orang kata saya lafaz cerai dalam live TikTok, itu fitnah. Ini adalah video peribadi," katanya seperti yang dilaporkan oleh mStar Online, Isnin, 13 Mac 2023.
Dalam pada itu, Boss Kay menjelaskan dia akan membuat laporan polis sekiranya perkara itu mendatangkan kesan buruk terhadapnya.
"Saya boleh buat laporan, tapi saya tak nak buat. Kalau makin kritikal atau dapat nasihat peguam, saya akan buat. Pada saya perbuatan itu, tidak ada etika dan menyebabkan fitnah," katanya yang turut mengakui tidak terkesan dengan kecaman netizen.
Difahamkan, ini adalah kali kedua Boss Kay bercerai dengan Cik Pia selepas melihat tiada lagi jalan pendamaian yang boleh dilakukan di antara mereka.
Sumber: mStar Online
from The Reporter https://ift.tt/uiD1z0C
via IFTTT
No comments:
Post a Comment