loading...
  • Breaking News

    Tuesday, March 14, 2023

    'Apa yang perlu dibanggakan sangat dengan anugerah Oscar?' - PU Syed persoal keterujaan orang ramai yang berbangga dengan kemenangan Michelle Yeoh



    Tan Sri Michelle Yeoh mencatat sejarah sebagai anak tempatan pertama yang menang trofi Oscar. Beliau diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan mantapnya sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once di Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 di Los Angeles, Amerika Syarikat. 

    Kemenangannya itu turut dirasai oleh rakyat Malaysia dan berbangga dengan kejayaan pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu. 


    Namun begitu, penceramah bebas, PU Syed menyelar individu yang berbangga dengan anugerah itu. 


    “Apa dibangga dgn anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia?apa yang perlu dibanggakan sangat tu?


    Ujarnya, berbangga dengan bukan urusan agama tidak mendatangkan manfaat. 


    “Kita tak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanafaat kepada urusan agama. Biar lah mereka nak berbangga dengan kejayaan itu, tidak kepada yang beriman!



    Rata- rata netizen bersetuju dengan hantaran dari PU Syed ini apatah lagi apabila filem tersebut didakwa mengandungi unsur yang tidak sepatutnya. Ada juga netizen yang tidak menyokong kenyataan ini dan menyatakan sokongan ini hanya lah kerana watak yang dibawakan oleh Michelle.


    “We celebrated her winning oscar bukan sokong atau support LGBT ke, tapi sebab watak dia. Takde kita nak berarak dari KLCC ke Pavillion bawak banner muka Michelle. Just said congrates for her best talent,” kata Nelly Syed Abu Backer.


    Sumber: PU Syed Official



    from The Reporter https://ift.tt/M5pG7jN
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment