Tatkala majoriti rakyat Malaysia menggesa kerajaan mengusir pelarian Rohingya dari terus berkampung di negara ini kerana kebanyakan mereka sudah mula 'memijak kepala' dan menuntut hak sama rata seperti mana yang dinikmati oleh warganegara, aktivis hak asasi migran, Pereira dan ADUN Melaka, Noor Helmy Abdul Halem pula berfikiran sebaliknya.
Mereka berkata, pelarian Rohingya tidak akan mejalankan perniagaan haram sekiranya kerajaan membenarkan pelarian mencari pekerjaan yang menguntungkan.
Pereira berpandangan, rakyat Malaysia seharusnya lebih memahami bahawa golongan Rohingya tidak akan menyebabkan ekonomi rakyat Malaysia terjejas.
"Mereka sudah berada di sini, menjalankan perniagaan untuk terus hidup. Rakyat Malaysia harus lebih memahami kerana Rohingya tidak akan membolot bahagian ekonomi mereka.
"Untuk terus hidup, komuniti ini terpaksa menceburi bidang keusahawan dengan pantas. Itu tiada kena mengena dengan rakyat Malaysia kerana produk dan perkhidmatan mereka memenuhi keperluan komuniti mereka sendiri," katanya,.
Sementera itu, Noor Helmy berpandangan golongan ini perlu dibenarkan bekerja tetapi mengikut peraturan yang ditetapkan.
Ini kerana pada waktu ini, undang-undang sedia ada tidak membenarkan mereka bekerja atau menjalankan perniagaan membuatkan golongan ini terperangkap dan akhirnya terpaksa melanggar peraturan dengan membuat perniagaan secara haram demi kelangsungan hidup.
Laporan penuh boleh baca di Free Malaysia Today, Benarkan Rohingya bekerja di Malaysia, Kerajaan digesa
from The Reporter https://ift.tt/lu5itWm
via IFTTT
No comments:
Post a Comment