Susulan tular luahan ketidakpuasan hati seorang pengunjung yang mendakwa dikenakan caj RM5 bagi membentangkan tikar di sekitar kawasan pantai Port Dickson, pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah tampil memberi penjelasan.
Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa berkata, resit bayaran RM5 itu adalah palsu dan resit yang dikeluarkan itu adalah untuk plastik sampah, bukannya untuk caj bentang tikar.
Baca: 'Duduk kat kaki lima, letak tikar pun kena bayar RM5?!' - Pengadu bengang kena scam di Port Dickson
MPPD katanya memang ada melantik operator di Wellness Zone, Pantai 1, Teluk Kemang untuk melakukan pemantauan di kawasan itu setiap hari terutamanya di hujung minggu.
"Saya difahamkan resit yang ditunjukkan itu adalah palsu dan berharap agar pengunjung faham kenapa bayaran itu dikenakan dan bukan kerana bentang tikar," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Zamri kesal individu berkenaan menularkan resit palsu itu tanpa memberitahu kebenaran di sebaliknya, sehingga mengundang keresahan orang ramai, sedangkan isu khemah biru sebelum ini masih belum reda.
"Pihak Wellness Zone ada menyediakan plastik sampah dan bukan untuk pengenaan sewa wakaf seperti yang ditularkan. Bilangan pengunjung yang terlalu ramai dan kerana kekurangan tong sampah menyebabkan pengunjung membuang sampah merata-rata," katanya.
Mengenakan caj RM5 kepada pengunjung adalah inisiatif pihaknya sebagai pilihan kerana sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung adalah terlalu banyak. Dengan cara itu, pihaknya dapat mengatasi masalah sampah dengan lebih baik, berbanding dibiarkan begitu sahaja yang kemudian akan diselongkar oleh anjingg liar.
Kutipan itu juga akan digunakan untuk menambah baik kemudahan fasiliti, infrastruktur dan landskap di kawasan itu bagi menjaga kebersihan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/L7HYzaw
via IFTTT
No comments:
Post a Comment