Siapa sangka, di sebalik muka berjambang yang kelihatan bengis, ditambah pula dengan badannya yang tinggi dan besar rupa-rupanya anak mak. Lebih menarik lagi, TikToker yang menggunakan nama 'Muka Gangster' ini juga merupakan penggemar warna merah jambu.
Muka Gangster atau nama sebenarnya Muhammad Mikhael Sathayah, mempunyai lebih 203,000 pengikut di aplikasi popular itu semenjak mula aktif di platform tersebut sekitar tahun 2020.
Melihat penampilannya sedemikian membuatkan netizen tertanya-tanya akan pegangan agamanya. Bagi menjawab persoalan itu, Mikhael telah memuat naik satu video penjelasan panjang mengenai penghijrahannya ke agama Islam.
Sejak dimuat naik semalam, video itu telah mendapat lebih dari 5 juta tontonan.
@mukagangster Replying to @MUHAMMAD AMIRUL HUSNI ini kisah saya. @SaudagarMerah thank u abgku.#mukagangster #anakmak #titew #botak #rxybca #longbeard #trendingnewsmalaysia #amma #islam ♬ Allah Allah Aghistna Ya Rasulullah - Puja Syarma Official
"Ini adalah kisah saya. Sejak dari kecil jiwa ini mencari apakah erti kehidupan dan kenapa saya bukan macam orang lain. Saya cuba mengisi kekosongan tetapi kesakitannya semakin hari semakin menjadi-jadi.
"Di luar nampak berjaya, bekerjaya, tetapi hati saya dalam kesakitan. Apa yang kurang? Saya sayang mak saya. Mak saya adalah segala-galanya bagi saya.
'MAK, SAYA NAK MASUK ISLAM'
"Mencari nur yang tak kesampaian, jiwa ini meronta sampai subuh suatu pagi. Terdengar suara yang indah berkata, "Aku yang cipta kamu. Tapi ini Aku berikan kpada kamu. Terima sajalah".
"Apakah maksud soalan itu? Saya tertanya-tanya, apakah jawapan untuk soalan itu? Saya rasa saya tahu tetapi saya masih tidak mahu menerima. Saya mencari dan mengejar dunia. Semakin hari semakin kosong, hati saya semakin gelap. Jiwa saya mencari jiwa yang hilang.
"Apabila sudah mendapat jawapan, saya beritahu mak yang saya nak masuk Islam. Mak terdiam dan terkejut. Lepas itu mak senyum dan bagi kebenaran. Terima kasih mak.. terima kasih mak. Terima kasih kerana menerima saya," katanya.
MAK DIKECAM OLEH SAUDARA MARA
Sejak dari membuat keputusan itu, Mikhael mengakui ibunya dikecam teruk sehingga ada yang mengatakan ibunya sudah tiada anak, anaknya sudah mati. Ada yang mengatakan dia menjadi seperti itu (peluk agama Islam) kerana terlalu dimanjakan ibunya. Namun, Mikhael menafikan dakwaan itu sedangkan ibunya seorang ibu yang baik.
Dalam tempoh yang sama, Mikhael mengakui dirinya semakin tenang dan perubahan itu disaksikan oleh ibunya yang sentiasa ada bersama dengannya.
"Mak hadiahkan saya sejadah dan mak juga temankan saya pergi ke masjid walaupun kami berlainan agama. Mak sanggup menunggu di luar masjid, sedangkan cuaca panas ketika itu. Tetapi mak kata tak apa. Terima kasih mak.
"Mak juga tak hiraukan apa yang saudara mara atau sesiapa sahaja bercakap mengenai perkara ini," katanya.
REZEKI JAGA MAK
Mikhael turut bersyukur dia dikurniakan rezeki untuk membeli rumah bersebelahan dengan rumah ibunya dan dengan itu dia dapat menjaga ibunya sepanjang masa.
"Banyak sangat dosa sampai saya berpuasa sepanjang tahun walaupun Islam melarang untuk berbuat demikian. Saya berpuasa selama 360 hari. Saya nak hilangkan dosa, sampai saya sakit.
"Terima kasih kepada ibu yang memberi sokongan dan kenalan-kenalan lain yang turut membimbing saya, menghadiahkan sejadah dan al-Quran kepada saya. Doakan saya, sesungguhnya hidayah itu milik Allah," katanya.
Di ruangan komen, majoriti mengakui mereka menangis dengan kisah penghijrahan Mikhael.
"Allah bang! Saya menangis bang, Rezeki abang dapat mak yang sangat baik. Harap abang dapat ajak mak abang ke syurga juga," kata Bluesky.
"Subhanallah. Hebatnya kamu bang,. Kami sedia Islam pun masih lalai dengan dunia. Jaga mak baik-baik bang," kata Aa.
"Alhamdulillah, abang hebat bang. Antara sebab abang jadi insan yang hebat, sebabnya abang ada mak yang hebat. Hidayah milik Allah, inshaAllah," kata Shuk.
Sumber: TikTok MukaGangster
from The Reporter https://ift.tt/QcfJ6Io
via IFTTT
No comments:
Post a Comment