loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 30, 2023

    Isteri Tan Sri Musa Hassan fail permohonan cerai, nafi sebar video pergaduhan di media sosial



    Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, isteri kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah ALam kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan sejak 10 tahun lalu. 


    Difahamkan, pasangan itu berkahwin pada 2 Ogos 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki.


    "Tan Sri pun sudah keluar rumah kelamin sejak enam bulan lalu. Selepas tuntutan cerai ini saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak saya yang berusia lapan tahun," katanya. 


    Beberapa minggu lalu, tular video menunjukkan perbalahan di antara Musa dengan isterinya sambil disaksikan oleh anak mereka. Namun, Musa memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mencampuri urusan keluarganya atau berdepan dengan tindakan undang-undang. 


    Menurut Puan Sri Elly, dia tidak menularkan video tersebut dan mengecam individu yang berbuat demikian sehingga mencalarkan imejnya. 


    Jelasnya, pergaduhan itu berlaku disebabkan permintaan Musa yang mahukan sebahagian harta walaupun aset tersebut dibelinya sebelum berkahwin. 


    Rakaman video itu pula dibuat bagi tujuan melindungi diri dan untuk dijadikan sebagai bukti di mahkamah jika perlu. 


    "Bukan saya sebar, saya pun terkejut. Apa yang pasti, rakaman itu saya hanya serahkan kepada polis semasa siasatan di IPK Kuala Lumpur. 


    "Saya sama sekali tidak berniat menjadikan rakaman itu tular apatah lagi menjatuhkan reputasi mana-mana pihak," katanya. 


    Mahkamah menetapkan 11 Mei untuk sebutan semula kes. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/SZgsRGh
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment