loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 30, 2023

    'Dia macam s****l keluar dengan lelaki, balik rumah mabuk' - Afiq Muiz dakwa isterinya curang



    Isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin (Ranau, Sabah), 32, semalam membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari. 


    Dalam permohonan tuntutan itu, Pachara mendakwa Afiq atau nama sebenar, Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, tidak memberi nafkah kepadanya sejak Mei 2021. Pachara juga telah memfailkan perceraian secara baik pada 26 Ogos 2022, namun Afiq tidak pernah hadir membuatkan Pachara terpaksa menuntut permohonan cerai menerusi tuntutan fasakh pada Oktober 202. 


    "Afiq tidak beri kerjasama langsung. Dia tahu mengenai tuntutan cerai fasakh pada hari ini tetapi enggan beri kerjasama," katanya yang digantung tidak bertali sejak Julai 2017. 


    Mahkamah kemudian menetapkan 6 April ini untuk prosiding seterusnya. 



    Bagaimanapun di sebalik tuntutan itu, Afiq menjelaskan dia mempunyai sebabnya tersendiri mengapa dia berbuat demikian. Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Kosmo! Online, Afiq mendakwa isterinya curang. 


    "Bukan mudah untuk buat keputusan dalam keadaan diduakan (dicurangi). Bukan mudah untuk hadap muka orang yang melukakan hati. 


    "Kepala otak kau pukul. Dia (Pachara) yang macam s*ndal keluar dengan lelaki, balik rumah mabuk," katanya. 


    "Isteri kalau baik takpe. Ini macam iblis balik tiga pagi mabuk, bau arak, makan b***, keluar dengan jantan, s*al fitnah aku pulak dayus. Bangsat. 


    "Setelah fitnah-fitnah yang ditaburkan, aku ambil pilihan dia bukan siapa-siapa dalam hidup aku," tulisnya yang membalas setiap komen netizen.




    Difahamkan, pasangan ini berkahwin pada 27 Mac 2019 selepas berkenalan di set penggambaran Air Mata Syurga. 

    14 Mei 2021, Pachara atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya pernah membuat laporan polis terhadap suaminya yang didakwa telah menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, perut ditendang dan dagu ditumbuk sebanyak tiga kali. 


    Tetapi, Afiq tampil membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan fitnah isterinya. 


    Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/Xurxmdk
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment