Jika dulu, aktiviti ini hanya melibatkan sekumpulan kecil sahaja, tetapi semenjak akiviti ini mula tular, pelbagai lapisan usia mula meminati aktiviti berbasikal ini. Berbasikal tidak salah, tetapi dalam masa yang sama perlu fikirkan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
Suara-suara masyarakat mula kedengaran apabila penunggang basikal ini sudah mula menunjukkan sikapnya sehinggakan penunggang berbasikal yang patuh dengan keselamatan turut terpalit dicemuh masyarakat.
Susulan dengan penularan itu, media Buletin TV3 berkongsikan tinjauan ke beberapa lokasi yang diperkatakan. Diharapkan dengan perkongsian tersebut, individu atau kumpulan berbasikal yang dinyatakan sedar dan ambil cakna dengan isu yang berlaku.
AKTIVITI berbasikal antara riadah popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tahun ini. Ia dapat dilihat dengan peningkatan jumlah dan kekerapan penunggang basikal di atas jalan raya. Namun sejak kebelakangan ini timbul kemarahan orang ramai dengan sikap sesetengah penunggang sehingga tular di media sosial.
Sikap yang dianggap menyakitkan hati termasuk menunggang tanpa menoleh belakang ketika mengubah laluan seperti kejadian yang dirakam melalui dashcam oleh seorang pemandu di Putrajaya.
Video perilaku serupa sekumpulan penunggang berbasikal turut mendapat maklum balas pelbagai pihak antaranya Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) menerusi ciapan di Twitter. Ada pula yang menghalang laluan dan tidak mengikut undang-undang jalan raya sehingga mengancam keselamatan pemandu lain.
Lebih mendatangkan kemarahan dan ketidakselesaan apabila berkereta membawa basikal bersama mengambil jalan mudah meletakkan kenderaan di bahu jalan iaitu di dalam kawasan kediaman tanpa kebenaran pemilik. Dan ada yang bawa basikal masuk ke sebuah Cafe di Kajang.
Tinjauan krew TV3 ke Lebuhraya Guthrie menyaksikan kelibat beberapa penunggang sahaja. Di Taman Tasik Elmina kebanyakan penunggang datang dalam kumpulan kecil dan sekitar bulatan tiada lagi aksi luar jangkaan.
Situasi sama dirakam di laluan Batu 18, Hulu Langat. Di sana, hanya ada beberapa kumpulan penunggang sahaja. Laluan di sini sedikit sempit dan berbukit serta boleh mengundang bahaya. Kebanyakan penunggang berasa kesal dengan sikap yang dimaksudkan dan boleh menimbulkan cemuhan.
Penduduk pula berharap individu terlibat perlu ada rasa hormat. Ada juga tuan rumah yang mengenakan bayaran untuk meletakkan kenderaan.
“So, terutama hujung minggu, tanpa kawalan malah isu ini begitu lama turut dibincangkan dalam kalangan penduduk, Jawatankuasa Penduduk. Ada juga tindakan yang dibuat, tetapi nampaknya masih berterusan. Komplen demi komplen diterima, kita utarakan tetapi tidak nampak tindakan yang boleh dibuat.” Kata Mohd Azman Suradi.
Individu yang ingin melakukan aktiviti berbasikal dinasihatkan supaya melakukan aktiviti ini di masa dan tempat yang sesuai iaitu di lokasi yang kurang kenderaan dan bukan di waktu puncak bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata 56 kes kematian membabitkan penunggang basikal sejak Januari hingga Oktober lalu.
Sumber: Buletin TV3
from The Reporter https://ift.tt/347DvRv
via IFTTT
No comments:
Post a Comment