Seorang penghantar makanan kantoi dan dibelasah rakan setugasnya yang lain setelah didapati mencuri makanan yang dipesan oleh pelanggan.
Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai rider bagi syarikat Ojek Online di Indonesia, menggunakan modus operandi dengan menerima pesanan pelanggan yang dimasukkan ke aplikasinya.
Setelah pesanan itu diambil, suspek terus membuat pembatalan dan pesanan itu tadi terus dipindahkan ke aplikasi rider lain yang sudi menghantar pesanan itu.
Namun, alangkah terkejutnya rider kedua apabila mendapati pesanan pelanggan berkenaan telah diambil oleh rider pertama. Disebabkan itu, rider kedua terpaksa menanggung kerugian dengan menggantikan pesanan tersebut.
Setelah ditangkap dan disoal siasat oleh rider lain, suspek akhirnya mengaku bersalah di atas perbuatannya yang menipu dan mencuri pesanan pelanggannya.
"Okey, aku salah dan aku minta maaf kepada semua rider. Aku baru sekali buat macam ni kat sini," kata suspek sambil bajunya direntap rider lain kerana bimbang suspek akan melarikan diri.
Video penangkapan suspek itu tersebar di media sosial dan bagi netizen, suspek dilihat begitu bersahaja seperti tidak berasa menyesal di atas perbuatannya itu. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/2LA5zGZ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment