Seorang pengantin perempuan menangis histeria ketika bekas teman lelakinya datang ke majlis pernikahannya dan video insiden itu viral di media sosial mengundang banyak reaksi netizen.
Lebih teruk lagi, selepas video insiden itu viral di media sosial, pengantin lelaki dikhabarkan telah menceraikan isterinya yang baru dinikahi itu.
Hal itu didedahkan oleh seorang wanita di Facebook yang memuat naik dua gambar majlis perkahwinan abangnya, tetapi wajah pengantin perempuan ditutup dengan emoticon 'tahi'.
Dalam posting tersebut, wanita itu mengatakan pihak keluarganya menuntut ganti rugi sebanyak 50,000,000 rupiah (RM14,400) ekoran insiden berkenaan. Mereka hanya akan memulangkan pengantin wanita itu ke pangkuan keluarganya sekiranya pihak di sebelah sana sudah membayar tuntutan yang dipinta.
"Kembalikan 50,000,000 rupiah, kami hantar dia pulang. Kamu belum tahu keluarga saya ni macam mana," tulis Herdallina.
Di posting lain, Herdallina menjelaskan abangnya telah menceraikan isterinya tetapi wanita itu belum dikembalikan kepada keluarganya dan pada waktu itu wanita itu masih berada di rumah mereka.
Berdasarkan video viral itu, bekas teman lelaki kepada pengantin perempuan datang ke majlis perkahwinan. Menyedari kedatangan lelaki itu, pengantin perempuan mula menangis dan semakin menjadi-jadi apabila lelaki itu naik ke pelaminan untuk mengucap tahniah kepada mereka.
Menurut seorang netizen bernama Pha Puspatriwardani, dakwaan yang mengatakan pengantin perempuan dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan orang tuanya adalah tidak benar sama sekali kerana, pengantin lelaki telah memberi tempoh masa yang mencukupi untuk wanitai tu membuat keputusan sebelum diijabkabulkan.
"Wanita itu kemudian menerima lamaran lelaki itu untuk bernikah. Tetapi apabila ternampak bekas teman lelaki, dia tidak dapat menerimanya. Selepas selesai majlis, barulah pengantin perempuan mengaku yang dia tidak mencintai suaminya. Sebaliknya dia hanya 'mencintai' hartanya sahaja," katanya.
Di Indonesia sudah menjadi trend bagi kebanyakan masyarakat di sana di mana majlis perkahwinan akan dihadiri oleh bekas-bekas kekasih yang berhujung dengan pengakhiran yang berbeza sama ada positif ataupun negatif.
@andidindapratista tiba tiba sang pacar datang dihari pernikahannya sang wanita histeris##mantan ##fypã‚·
♬ original sound - 🔴NE ðŸ‡EART ❤️
Perbuatan seperti ini sebaik-baiknya tidak dilakukan kerana bimbang akan merosakkan majlis sekiranya berlaku kejadian atau insiden yang tidak diinginkan yang akhirnya memalukan diri dan menjatuhkan maruah keluarga di depan para tetamu yang hanya datang untuk meraikan pasangan pengantin baru serta mengenyangkan perut. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3m9VUDC
via IFTTT
No comments:
Post a Comment