loading...
  • Breaking News

    Monday, December 14, 2020

    YouTube, Gmail & banyak lagi produk Google alami gangguan teknikal di seluruh dunia


    Sejumlah besar produk milik syarikat teknologi antarabangsa, Google, dilaporkan mengalami gangguan sehingga menjejaskan operasi penggunanya di seluruh dunia, hari ini. 


    Gangguan yang baru berlaku sebentar tadi menunjukkan,  laman web seperti YouTube, Pokemon, Blogger, Gmail, Google Drive, Google Classroom, Google Play, Google Home, Google Maps, Google Hangouts, Google Meet dan beberapa web atau aplikasi yang berkaitan juga dilaporkan tidak berfungsi. 


    Semakan di laman sosial rasmi Google bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan dan netizen khususnya pengguna setia Google kini mendesak pihak berkenaan segera mengatasi masalah tersebut agar rutin harian mereka dapat disambung semula. 



    Percubaan sesetengah netizen melalui Incognito Windows berhasil bagi laman seperti YouTube. Namun penggunanya tidak dapat mendaftar masuk dan Google akan menyatakan emel yang dimasukkan itu tidak pernah wujud dalam sistem mereka. 


    Hashtag atau tanda pagar #YouTubeDOWN dan #Google juga kini sedang trending di laman Twitter.




    from The Reporter https://ift.tt/3nkicnr
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment