loading...
  • Breaking News

    Sunday, March 5, 2023

    Suspek tiba-tiba keluarkan pistol & terus lepaskan 5 das tembakan pada jarak dekat mengenai mata kiri isterinya - Saksi



    Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan pihaknya masih menyiasat motif seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal menembak mati isterinya dalam kejadian di kediaman pasangan itu di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Jalan Kangar-Alor Setar. 


    Siasatan awal mendapati, suspek yang berasal dari Terengganu itu baru pulang ke rumah pada jam 6 pagi selepas selesai syif. 


    Bapa mertua suspek yang menyaksikan kejadian itu berkata, suspek tiba-tiba mengeluarkan pistol jenis Walther P99 dan terus menembak isterinya, Safsufarnisya Salleh, 27, sebanyak lima das tembakan pada jarak dekat. 


    Tembakan itu mengenai bahagian muka mangsa terutamanya di bahagian mata kiri yang menyebabkan mangsa maut serta-merta. 


    Terkejut dengan tindakan suspek, ibu bapa mertua serta anak saudara suspek terus keluar melarikan diri daripada rumah sebelum menghubung abang ipar suspek untuk memaklumkan kejadian itu. 


    Polis yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kemudian tiba di lokasi pada jam 7.26 pagi. Suspek yang masih berada di rumah bagaimanapun hanya mendiamkan diri apabila diminta untuk menyerah diri.


    Ketika itu, suspek berada di dalam bilik tidur utama dan tangannya masih memegang pistol dan mayat isterinya pula dalam keadaan mengiring di atas katil. 


    Suspek yang sudah empat tahun bertugas di IPK Perlis berjaya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kangar untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman.


    Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk dibedah siasat. 


    Semakan mendapati, pasangan itu baru dua tahun mendirikan rumah tangga dan belum  mempunyai anak. Siasatan  awal mendapati tidak berlaku sebarang pergaduhan atau pertikaian di antara pasangan berkenaan. Siasatan juga akan menjurus sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebagainya. 


    Dalam pada itu, Yusharifuddin menjelaskan setiap anggota polis dibenarkan membawa senjata api ketika bertugas dan mempunyai kebenaran daripada ketua jabatan masing-masing.


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/ES5opmJ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment